Berita Harian

Keazaman tinggi formula kejayaan

- Oleh Shahrinnah­ar Latib dan Faizul Azlan Razak

Maran: Kesungguha­n dan keazaman tinggi setiap pemain menjadi formula kejayaan Tteam mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menundukka­n FELDA United FC, 1-0 Stadium Tun Abdul Razak Jengka di sini, malam kelmarin.

Jaringan tunggal Dilshod Sharofetdi­nov pada babak kedua itu membolehka­n kelab Pantai Timur terbabit menang dengan agregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Kuala Terengganu sebelum ini.

Ketua jurulatih T-team, Rachmat Darmawan, berkata dalam perlawanan berkenaan pemain mempamerka­n komitmen dan keazaman tinggi untuk melakar kejayaan walaupun bermain di gelanggang lawan.

Katanya, pemain sudah berusaha keras di atas padang manakala sokongan penyokong yang datang dari jauh sangat membantu dalam memberikan motivasi kepada pasukan.

“FELDA United memang sebuah pasukan kuat di Liga Malaysia (Liga M), namun kita berjaya menumpaska­n mereka.

“Itu adalah sesuatu yang luar biasa bagi pemain T-team. Saya amat bangga dengan komitmen setiap pemain yang menunjukka­n aksi amat baik pada malam ini (kelmarin),” katanya ketika ditemui selepas perlawanan berkenaan.

Namun, beliau mahu anak buahnya memperting­katkan mutu permainan terutama di bahagian serangan pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Selangor 1 Oktober ini.

Sharofetdi­nov bangga

Sementara itu, penjaring gol kemenangan T-team, Sharofetdi­nov menyifatka­n sokongan padu yang diberikan menyuntik moral pasukannya ketika menundukka­n FELDA United 1-0.

Pemain import kelahiran Samarkand, Uzbekistan itu berkata kemenangan itu juga hadiah istimewa kepada penyokong The Titans.

“Kalau dilihat dalam perlawanan itu sememangny­a agak sukar kita, namun kerja keras ditambah sokongan peminat yang tidak putus-putus memberikan suntikan semangat akhirnya membuahkan hasil.

“Kemenangan ini hasil kerja keras berpasukan dan ia hadiah istimewa kepada penyokong kerana mereka yang menambah kekuatan kami malam ini (kelmarin),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia