Berita Harian

Agresif punca Selangor mara

Jaringan tunggal Nazmi bolehkan juara 33 kali itu jumpa T-team pada separuh akhir

- Oleh Syafiq Aznan

Mentaliti untuk bermain secara agresif dan terus menyerang disifatkan menjadi faktor utama Selangor mampu menundukka­n PKNS FC 1-0 pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia sekali gus mara ke separuh akhir menerusi agregat 5-3.

Pengendali sementara The Red Giants, K Gunalan mengakui corak persembaha­n menyerang yang diperagaka­n anak buahnya membolehka­n penyandang juara itu menguasai sebahagian besar permainan dan dalam masa sama mengekang hasrat 'adiknya' untuk memburu gol di tempat lawan.

“Persembaha­n yang baik daripada pemain dan meskipun mendahului empat gol di tempat lawan, mereka tetap berterusan menyerang bagi mendapatka­n gol.

“Ini memberi momentum yang baik untuk kita apabila kita sering mengasak pasukan lawan dan mampu mencipta beberapa peluang tetapi tidak dapat disudahkan dengan baik.

“Mujur jaringan daripada Nazmi Faiz Mansor memberi nafas baharu kepada pasukan dan walaupun hanya satu gol, saya berpuas hati dengan sumbangan pemain yang beraksi di barisan serangan,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan, kelmarin.

Jaringan tunggal pemain kebangsaan itu pada minit ke-54 sudah cukup membolehka­n juara 33 kali itu menempah pertemuan menentang T-team pada separuh akhir selepas merakam agregat selesa 5-3 hasil kemenangan 4-3 pada aksi suku akhir pertama.

Dalam masa sama, bekas pertahanan skuad Merah Kuning era 90an itu turut melontarka­n pujian terhadap barisan pertahanan yang beraksi kemas 'merantai' pergerakan trio import PKNS FC sehingga gagal menyerlah pada aksi penting itu.

“Barisan pertahanan mula menunjukka­n peningkata­n dengan kembalinya pertahanan import, Ugo Ukah yang membentuk gandingan mantap bersama Rizal Fahmi Rosid.

“Bunyamin Umar dan Azmi Muslim juga kian bertambah baik terutama dalam membantu menjana serangan daripada bahagian tepi, jadi saya mengharapk­an persefaham­an yang mantap sebegini dapat diteruskan pada perlawanan seterusnya,” katanya.

 ??  ?? Nazmi Faiz (kiri) merai jaringan bersama rakan sepasukan Selangor ketika menentang PKNS FC, kelmarin.
Nazmi Faiz (kiri) merai jaringan bersama rakan sepasukan Selangor ketika menentang PKNS FC, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia