Berita Harian

Cheng Hoe mahu pemain teruskan momentum

KFA pertimbang ganjaran kepada skuad Kedah kerana berjaya ke separuh akhir Piala Malaysia

- Oleh Izzali Ismail

Ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe meluahkan pujian kepada trio importnya, Shane Edward Smeltz, Thiago Augusto dan Liridon Krasniqi yang menunjukka­n semangat juang tinggi dan persefaham­an yang baik selepas membenam Negeri Sembilan 50 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia, kelmarin.

Walaupun pada aksi suku akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 28 Ogos lalu, Kedah sekadar seri 00, kelmarin mereka tampil dengan aksi garang di hadapan lebih 25,000 penyokongn­ya di Stadium Darul Aman, untuk ke separuh akhir.

"Pujian harus diberi kepada semua pemain yang bermain bermati-matian dalam mencari kemenangan. Mereka juga menunjukka­n semangat juang yang tinggi sebaik sahaja perlawanan bermula.

"Ketajaman Smeltz, Augusto dan Krasniqi yang menyumbang lima gol pada perlawanan itu membangkit­kan lagi semangat pemain dan penyokong Kedah kini bertambah yakin kerana pasukan mereka mara ke separuh akhir," katanya selepas perlawanan kelmarin.

Akan beri ganjaran

Beliau berkata, tiada laluan mudah buat Kedah dalam aksi separuh akhir pada 30 September ini kerana PDRM juga akan bermain mati-matian untuk merebut tempat ke final.

"Setiap pasukan pada separuh akan melipat-gandakan usaha untuk ke final," katanya.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertimb­ang ganjaran setimpal kepada skuad Kedah yang berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.

Menteri Besar yang juga Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata prestasi ditunjukka­n pemain pada masa ini amat baik setelah berjaya menundukka­n Negeri Sembilan 5-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, malam kelmarin.

"Mengenai ganjaran kami akan pertimbang­kan kerana seperti sebelum ini KFA ada memberi imbuhan kepada pemain tetapi apa yang penting sekarang supaya pemain dapat bermain sehabis baik di padang.

"Saya yakin dengan pengalaman dan semangat kesukanan yang ada pada pemain kami dapat membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kedah," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, semalam.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Smeltz (tengah) meraikan gol keduanya kelmarin. bersama rakan sepasukan di Stadium Darul Aman,
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Smeltz (tengah) meraikan gol keduanya kelmarin. bersama rakan sepasukan di Stadium Darul Aman,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia