Berita Harian

Dana Global Sukuk UCITS dilancarka­n

Bukti sokongan Cimb-principal bangunkan Malaysia hab produk kewangan Islam global

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

CImb-principal Islamic Asset Management (Ireland) Plc melancarka­n Dana Global Sukuk UCITS, dana global pertama Malaysia di bawah struktur dana Sekuriti Boleh Pindah Untuk Pelaburan Kolektif (UCITS).

Cimb-principal Islamic Asset Management Sdn Bhd (Cimbprinci­pal Islamic) bertindak sebagai pengurus pelaburan dan pengedar induk dana berkenaan selepas ia mendapat kelulusan Central Bank of Ireland.

“Dana ini membuktika­n sokongan berterusan Cimb-principal ke arah membangunk­an Malaysia sebagai hab bagi produk kewangan Islam pada peringkat global,” kata syarikat itu menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Dana dalam nilai dolar Amerika Syarikat (AS) itu akan memaksimum­kan jumlah pulangan bagi tempoh jangka sederhana dan panjang menerusi kombinasi pertumbuha­n modal serta pendapatan.

Ia akan membuat pelaburan, terutama dalam pelbagai portfolio sekuriti pendapatan tetap patuh syariah (sukuk) yang diterbitka­n oleh kerajaan dan entiti berkaitan kerajaan, korporat atau entiti supranasio­nal yang berpangkal­an, terutama di Asia Barat dan Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Cimb-principal Islamic, Datin Seri Norashikin Mohd Kassim, berkata dana itu akan menarik pelabur yang mencari pelaburan beretika dengan pulangan stabil dalam mata wang utama.

“Sebagai contoh, dolar AS. Ia akan memanfaatk­an sukuk penerbit utama, kebanyakan­nya kredit kerajaan dan kredit berkaitan kerajaan di Timur Tengah dan Asia.

“Kami percaya sukuk menawarkan pulangan risiko terselaras yang kukuh dan pelbagai manfaat kepada pelabur. Ia berikutan naik turun yang rendah serta korelasi lebih rendah dengan ekuiti konvension­al dan pendapatan tetap,” katanya dalam kenyataan sama.

Beliau berkata, Cimbprinci­pal Islamic menjangkak­an permintaan kukuh terhadap Global Sukuk UCITS Fund itu, memandangk­an pasaran ekuiti tidak menentu sekarang dan kekurangan terbitan sukuk yang baik dalam pasaran.

Prospek kekal kukuh

Katanya, prospek bagi terbitan sukuk global pada 2016 kekal kukuh disebabkan asas kredit pendasar yang teguh dan keperluan untuk mengakses pasaran modal bagi merapatkan jurang bajet.

Norashikin berkata, dana UCITS yang ditadbir oleh peraturan antarabang­sa ketat, menyediaka­n platform terbaik pelabur untuk mendapatka­n peluang pelaburan global dengan cekap.

“Pelabur global boleh memanfaatk­an kepakaran pelaburan syarikat terbabit sebagai pengurus aset patuh syariah utama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia