Berita Harian

Rancang buka 10 kedai Shakeaway

Shakeaway Worldwide terima 150 permohonan di Malaysia

- Oleh Lum Chee Hong

Shakeaway Worldwide, penyedia makanan pencuci mulut berpangkal­an di United Kingdom (UK), merancang membuka lapan hingga 10 kedai Shakeaway di Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Peter Dickson, berkata setiap satu kedai berkenaan yang berkeluasa­n 500 hingga 1,000 kaki persegi, masing-masing membabitka­n kos francais antara AS$40,000 (RM165,410) hingga AS$100,000 (RM413,525).

Setakat ini, beliau berkata, pihaknya melalui pemegang francais tunggal Shakeaway di Malaysia, Eco Passions Sdn Bhd, sudah menerima 150 permohonan daripada rakyat negara ini untuk membuka kedai terbabit.

Pemilihan ketat

“Bagaimanap­un, pemilihan usahawan Shakeaway amat ketat, tetapi saya tidak dapat memberitah­unya dan kita memerlukan orang serta keluarga yang sesuai untuk menerajui perniagaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Petaling Jaya, baru-baru ini, bersempena pembukaan kedai Shakeaway pertama di negara ini dan Asia Tenggara seluas 1,000 kaki persegi.

Yang turut hadir, Pengarah Pemasaran Eco Passions yang juga pemegang francais tunggal Shakeaway di Malaysia, Tan Sui Lin.

Dalam perkembang­an berkaitan, Dickson berkata, pihaknya bercadang mengembang­kan perniagaan di 10 negara lain dalam tempoh 12 bulan akan datang, termasuk Thailand, Jakarta di Indonesia, Filipina, Singapura, Timor Leste, Afrika Selatan, Jordan.

“Kita mahu menambah sebanyak 75 kedai Shakeaway, berbanding 60 kedai ketika ini dalam tempoh 12 bulan berikutnya,” katanya.

Beliau berkata, syarikat itu kini mempunyai francais di lapan negara antaranya Mexico; California di Amerika Syarikat, Georgia, termasuk di Asia Barat iaitu Bahrain, Oman, Arab Saudi dan United Kingdom.

Sementara itu, Sui Lin yang memegang 98 peratus kepentinga­n dalam Eco Passions berkata, pihaknya menawarkan lebih 200 perasa pencuci mulut seperti minuman goncang, buah dan yogurt yang dijual pada harga antara RM14.80 hingga RM58.80.

 ?? [ FOTO GHAZALI KORI / BH ] ?? Peter Dickson dan Sui Lin baru-baru ini. sempena pembukaan kedai Shakeaway pertama Malaysia,
[ FOTO GHAZALI KORI / BH ] Peter Dickson dan Sui Lin baru-baru ini. sempena pembukaan kedai Shakeaway pertama Malaysia,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia