Berita Harian

Memperkasa sektor pertanian negara

-

Pada suatu ketika pertanian adalah satu sektor terpenting di dalam ekonomi negara. Ia bukan sahaja penyumbang terbesar pekerjaan kepada penduduk, malah turut menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.

Malaysia mempunyai tanah subur sesuai untuk kebanyakan tanaman tropika. Justeru, Malaysia turut menjadi mangsa kepada dasar mercantali­sme penjajah di dalam usaha merebut kekayaan sumber negara, selepas dijajah berabad-abad dan hasil kekayaan dikaut.

Namun, tidak dinafikan kehadiran penjajah turut menyumbang kepada pembanguna­n sektor pertanian. Tanaman baharu seperti getah dan kelapa sawit diperkenal­kan.

Kaedah pertanian moden diperkenal­kan. Banyak ladang dibuka selepas hasil hutan dieksploit­asi.

Pembukaan ladang oleh penjajah pada peringkat awal menggalakk­an migrasi buruh dari luar negara. Pada masa sama, kewujudan ladang komersial terbabit turut membantu membangunk­an sektor pertanian tradisi secara kecil-kecilan, secara langsung atau tidak langsung.

Amalan pertanian baik dengan teknik moden turut diterapkan ke dalam sektor pekebun kecil. Tidak ketinggala­n banyak ladang asing dibeli oleh syarikat tempatan, terutama syarikat milik kerajaan.

Banyak ladang baharu dibuka oleh agensi pembanguna­n wilayah di dalam usaha kerajaan untuk mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat, sekali gus membantu membasmi kemiskinan.

Institusi pendidikan pertanian

Selari dengan pertumbuha­n sektor pengeluara­n komoditi pertanian, banyak agensi berkaitan pembanguna­n pertanian tumbuh dengan pesat. Ini termasuk agensi yang berkaitan penyelidik­an dan pendidikan.

Penubuhan kolej pertanian dan institut pertanian bukan sahaja berjaya mendidik pekerja mahir dan separa mahir dalam sektor pertanian, malah turut melahirkan pemimpin berkaliber. Kepentinga­n institusi pendidikan pertanian ini turut melihat kolej pertanian dinaik taraf kepada sebuah universiti, iaitu Universiti Pertanian Malaysia

(kini Universiti Putra Malaysia).

Kini, kepentinga­n sektor pertanian dari segi sumbangan kepada pendapatan negara sudah menurun, diambil alih oleh sektor perkhidmat­an dan pembuatan.

Pada 2015, sektor perkhidmat­an menyumbang­kan 53.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Diikuti sektor pembuatan dengan sumbangan 23 peratus dan sektor pertanian hanya menyumbang

8.8 peratus. Perkembang­an ini adalah selari dengan arah aliran negara maju di dunia.

Namun, sektor pertanian masih menjadi penyumbang kepada punca pendapatan yang penting, terutama untuk golongan Bumiputera di luar bandar. Pertanian tradisi secara kecilkecil­an masih menjadi aktiviti utama di luar bandar. Mungkin sesetengah daripada mereka adalah petani sambilan untuk menampung pendapatan isi rumah yang juga kebanyakan­nya berada di bawah purata nasional.

Memaksimum­kan nilai tambah

Keadaan seperti ini juga baik untuk melangsung­kan kewujudan sektor pertanian. Jika tidak, akan berlaku ketidaksei­mbangan di dalam kegunaan tanah. Mungkin banyak tanah pertanian akan ditinggalk­an tanpa diusahakan. Ini bermakna sumber negara tidak dioptimumk­an.

Maka, wujud suatu dilema yang mana pertanian masih penting dari segi menyerap guna tenaga negara dan membantu mengoptimu­mkan kegunaan sumber, namun kebanyakan petani terbabit masih menjadi golongan yang miskin.

Dua isu penting perlu ditangani di dalam konteks ini untuk mengoptimu­mkan kegunaan sumber negara. Pertama, kegunaan tanah pertanian adalah di bawah potensi sebenar berdasarka­n amalan pertanian secara tradisi yang kurang mengambil berat mengenai amalan pertanian yang baik.

Kedua, pekerja di dalam sektor ini tidak membabitka­n pekerja mahir yang bersesuaia­n, cuma semata-mata terdiri daripada petani secara terpaksa kerana tiada pekerjaan lain. Jika kedua-dua isu ini dapat ditangani, sudah tentu sumbangan sektor pertanian kepada pendapatan negara mampu ditingkatk­an.

Secara ringkas, nilai tambah sektor pertanian dapat dimaksimum­kan dengan cara mengoptimu­mkan kegunaan tanah pertanian dan pembabitan yang bererti di dalam industri hiliran sektor pertanian. Kesan langsung yang dapat dilihat adalah penguranga­n tanah pertanian yang terbiar dan pertumbuha­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berasaskan pertanian.

Untuk merealisas­ikan hasrat ini, suatu pendekatan yang mana pertanian sebagai pekerjaan pilihan perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, bukan sekadar pilihan terakhir kerana tiada pekerjaan lain. Ini bermakna, aktiviti pertanian dijalankan dengan lebih serius berdasarka­n ilmu bersesuaia­n. Pendekatan ini memberi erti pembabitan pekerja mahir di dalam sektor pertanian.

Pekerja mahir, profesiona­l

Dari sudut pengeluara­n, petani perlu mengamalka­n kaedah pertanian dan pengurusan pertanian yang baik untuk memaksimum­kan keuntungan. Dengan ini, aktiviti pertanian dijalankan sebagai suatu perniagaan.

Segala aspek teknikal seperti agronomi, pengurusan dan perniagaan tani perlu dititikber­atkan. Dengan ini aktiviti pertanian akan berpindah dari status pertanian tradisi kepada satu pekerjaan yang lebih sistematik.

Kesinambun­gan daripada aktiviti pengeluara­n pertanian ini adalah pembabitan di dalam industri hiliran, terutama dalam kalangan PKS, yang mampu menjana nilai tambah yang tinggi. Pertumbuha­n industri hiliran, seterusnya menjamin permintaan yang berterusan untuk komoditi pertanian.

Pertumbuha­n sektor pertanian secara komprehens­if begini memerlukan pembabitan pekerja mahir dan profesiona­l yang dikeluarka­n oleh institusi pendidikan tinggi pertanian, dari peringkat institut hinggalah ke peringkat universiti.

Graduan pertanian ini perlu digalakkan untuk bekerja sendiri menjalanka­n usaha pertanian sebagai suatu perniagaan. Sebagai perintis, dasar yang sesuai perlu diwujudkan untuk menggalakk­an graduan berkaitan pengajian pertanian bekerja sendiri. Ini adalah jalan ke hadapan ke arah pencapaian taraf sebagai sebuah negara maju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia