Berita Harian

Tip pilih pakej pelanconga­n dalam talian

BUMITRA kongsi panduan elak jadi mangsa penipuan

- Oleh Lum Chee Hong

Beberapa bulan lalu, empat ejen pelanconga­n diburu kerana dipercayai menipu pelanggan berhubung tawaran pakej pelanconga­n luar negara sehingga mengakibat­kan kerugian sebanyak RM551,558.

Suspek berkenaan mengaku sebagai ejen pelanconga­n dan mempromosi­kan perniagaan secara dalam talian dengan menawarkan pelbagai pakej pelanconga­n murah termasuk ke Thailand, Korea, Taiwan dan Jepun.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut menawarkan hadiah pelbagai jenis telefon bimbit bagi pelanggan yang menjelaska­n baya- ran penuh untuk setiap tempahan.

Bagaimanap­un, penipuan terbongkar selepas mangsa mendapati syarikat terbabit tidak wujud di Taman Sutera Utama di Johor Bahru, Johor seperti yang diperkatak­an oleh suspek terbabit.

Dalam kes berasingan selang beberapa hari selepas itu, seorang wanita tempatan berusia 22 tahun yang aktif menggunaka­n Instagram bagi memperdaya orang ramai dengan pakej pelanconga­n murah berjaya mengaut keuntungan kira-kira RM200,000 sebelum ditahan polis.

Jadi, sejauh manakah kesedaran orang ramai terhadap ketulenan pakej pelanconga­n yang ditawarkan oleh ejen dalam internet mahu pun media sosial bagi mengelakka­n kes penipuan terus berleluasa dalam talian?

Semak lesen syarikat

Kali ini Cyberbh mendapatka­n Presiden Persatuan Agensi-agensi Pelanconga­n dan Pengembara­an Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Datuk Syed Mohd Razif Syed Yasin bagi memberi tip kepada pengguna supaya tidak menjadi mangsa penipuan lagi.

Syed Mohd Razif berkata, pengguna sebenarnya susah untuk mengetahui sama ada ejen pelanconga­n menipu mengenai tawaran pakej pelanconga­n dalam talian, melainkan hanya membuat tempahan dengan ejen yang sudah dikenali umum.

Katanya, banyak pakej pelanconga­n dalam talian sebenarnya datang daripada ejen asing yang berpangkal­an luar dari Malaysia.

“Jika pengguna mahu tempah pakej pelanconga­n dalam talian, tempah daripada syarikat tempatan yang mempunyai lesen syarikat yang boleh disemak di laman web Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, sama ada ia wujud atau sebaliknya,” katanya.

Akhir sekali, penulis berpendapa­t pengguna juga jangan mudah terpengaru­h dengan pakej pelanconga­n murah yang ditawarkan oleh ejen, apatah lagi tertarik dengan pelbagai hadiah menarik.

Pengguna juga boleh melakukan carian mengenai ejen atau syarikat pelanconga­n berkenaan bagi memeriksa sama ada mereka mempunyai sejarah penipuan dalam industri terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? Pengguna disaran membuat tempahan dengan ejen yang sudah dikenali umum.
Pengguna disaran membuat tempahan dengan ejen yang sudah dikenali umum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia