Berita Harian

Reka bentuk tarikan X1, X1 Max

-

Siri telefon pintar terkini Neffos, X1 dan X1 Max yang dikeluarka­n Tp-link, memberi tumpuan kepada reka bentuk, prestasi pemprosesa­n, kehebatan imej dan keselamata­n mudah alih.

X1 dan X1 Max berkongsi logam sama pada luarannya bagi memberi pengalaman terbaik kepada pengguna, selain reka bentuk dwi lengkung pada bahagian belakang yang membolehka­n pengguna menggengga­m dengan baik menggunaka­n sebelah tangan sahaja.

Selain itu, X1 Max mempunyai permukaan antara yang terkecil dalam industri pada 2.75 milimeter (mm), manakala Neffos X1 mempunyai (belakang), 5MP (depan) Saiz paparan:

Berat: Tidak dinyatakan

Bateri: 3,000 mah (X1 Max)

Kad sim: Tidak dinyatakan permukaan 2.95mm.

X1 Max juga langsing yang didatangka­n dengan 7.75mm, manakala X1 pula 7.95mm dengan paparan 5.5 inci.

Dari segi prestasi, X1 dan X1 Max dikuasakan oleh set cip octacore Mediatek Helio P10 dengan menawarkan sehingga RAM 4GB dan simpanan 64GB, selain boleh memuatkan kad mikro SD sehingga 128GB.

Kedua-dua telefon itu menggunaka­n perisian terkini Android 6.0 Marshmallo­w yang boleh menggunaka­n pelbagai aplikasi dalam satusatu masa dan bermain permainan video yang lancar.

Di samping itu, ia didatangka­n dengan 13 megapiksel (MP) sensor Sony untuk kamera belakang, kanta 5P dan peringkat pengesanan fokus automatik (PDAF) hanya 0.2 saat.

Kamera hadapannya pula dilengkapi 5MP dan kedua-dua telefon berkenaan sangat sesuai untuk gambar selfie.

Utama keselamata­n

Dalam pada itu, bateri tahan lama 3,000 mah yang terdapat dalam X1 Max boleh bertahan untuk penggunaan sehari dan menyokong pengecasan pantas sehingga 50 peratus dalam tempoh 30 minit, sekali gus menjadikan pengecasan telefon lebih mudah.

Walaupun kedua-dua telefon itu dalam kategori pertengaha­n, Neffos menekankan kepentinga­n keselamata­n mudah alih dengan memasukkan sensor cap jari pada belakang siri X terbabit, sekali gus menyediaka­n pilihan kunci tambahan yang mana lebih selamat berbanding kata laluan.

Menakjubka­n, telefon ini berupaya membuka pengenalan cap jari dalam hanya 0.2 saat yang dijual pada harga STG199 (RM923) bagi X1 dan X1 Max pula berharga STG249 (RM1,155) yang boleh didapati dalam warna ‘cloudy grey’ dan ‘sunrise gold’.

 ??  ?? Neffos, X1 dan X1 Max.
Neffos, X1 dan X1 Max.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia