Berita Harian

PESB sasar temb usipasaran runcit b eras tahun depan

Syar ikat b elikilan g b ahar u den gan kapasiti pen geluaran lapan tan sejam

- Oleh M ahanum Abdulaziz

Probac Edaran Sdn Bhd (PESB), pemborong dan pengedar beras bergred berpangkal­an di Melaka, merancang menembusi pasaran runcit beras tempatan secara besar-besaran tahun depan menerusi pengenalan jenama baharu.

Pengasas PESB, Khalil Ahmad, berkata syarikat itu sudah membeli kilang baharu bernilai RM2.4 juta di Melaka bagi meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan kualiti beras yang dihasilkan.

Beliau berkata, kilang sedia ada PESB yang terletak di Malim, Melaka kini hanya mempunyai kapasiti pengeluara­n beras sebanyak dua hingga tiga tan sejam.

“Kilang baharu yang dibeli ini mempunyai kapasiti pengeluara­n lapan tan sejam. Kami yakin dapat meningkatk­an kualiti beras keluaran kami dengan kilang baharu ini,” katanya kepada BH.

Tingkat promosi produk

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena liputan media bersama usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) di Melaka, baru-baru ini.

Khalil berkata, PESB juga akan meningkatk­an lagi usaha mempromosi­kan produk beras bergred keluaran syarikatny­a supaya ia lebih dikenali ramai.

Katanya, bagi membolehka­n syarikat bersaing dengan pengeluar beras terkemuka lain di pasaran tempatan, kualiti beras yang dihasilkan syarikatny­a perlu diutamakan.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah berunding dengan beberapa pemilik pasar raya besar terkemuka tempatan bagi memasarkan produk beras keluaran PESB.

“Kami mendapatka­n pembiayaan daripada PUNB berjumlah RM900,000 untuk digunakan bagi pengembang­an perniagaan kami untuk membeli mesin yang akan dipasang di kilang baharu.

“Kami berharap dengan kilang baharu ini, kami dapat mengeluark­an beras yang berkualiti secara konsisten dan menepati kehendak pelanggan,” katanya.

Khalil berkata, kebanyakan beras bergred yang dikeluarka­n syarikatny­a ketika ini dipasarkan kepada pemborong, peruncit dan sekolah.

Beliau berkata, syarikatny­a juga membuat pengilanga­n kontrak bagi jenama beras pasar raya besar terkemuka di pasaran tempatan.

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH ] ?? Khalil m enunjukkan produk keluaran Probac Edaran ketika ditem ui di Melaka, baru-baru ini.
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH ] Khalil m enunjukkan produk keluaran Probac Edaran ketika ditem ui di Melaka, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia