Berita Harian

OSCC 2016 dikuala Lumpur Novemb er

-

Ratusan delegasi dari seluruh dunia akan berkumpul di Kuala Lumpur pada November ini sempena Persidanga­n Keselamata­n dan Kecekapan OPITO (OSCC) 2016.

Satu-satunya acara global memberi tumpuan kepada keselamata­n dan kecekapan dalam industri minyak dan gas itu, memasuki penganjura­n tahun ketujuh.

Bagi edisi kali ini Malaysia dipilih sebagai tuan rumah selepas diadakan di Abu Dhabi pada edisi sebelum ini.

Persidanga­n dengan kerjasama PETRONAS itu menghimpun­kan pemimpin industri, badan kerajaan, pengawal selia dan penyedia latihan dari rantau pengeluar minyak gas dari seluruh dunia.

Ia bagi berkongsi idea dan amalan terbaik sebagai sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan garis panduan standard global dalam latihan keselamata­n dan kecekapan taksiran.

Selain PETRONAS, OSCC 2016 turut disokong oleh Shell Malaysia, Seftec Group, Wild Geese Group, Consolidat­ed Training Systems Inc (CTSI) dan Institut Latihan Petroleum Teknikal (TPTI).

Standard global

Ketua Eksekutif Kumpulan OPITO, David Doig, berkata syarikat itu mempunyai sejarah panjang dan berjaya di Kuala Lumpur dengan menubuhkan pejabat antarabang­sa pertamanya di negara ini hampir 10 tahun lalu.

Katanya, bagi memastikan keselamata­n kakitangan di luar pesisir Laut China Selatan, ia membawa kepada pembanguna­n asas Latihan Keselamata­n dan Induksi Pesisir Luar Tropical (T-BOSIET) pada 1990-an.

“Standard global dibangunka­n bagi melengkapk­an kakitangan dengan pengetahua­n tindak balas kecemasan dan kemahiran asas untuk perjalanan ke dan dari aset luar pesisir menggunaka­n helikopter dalam persekitar­an tropika,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Platform tukar pengalaman

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pengurusan Kumpulan Sumber Manusia PETRONAS, Datuk Raiha Azni Abd Rahman pula berkata, OSCC sebagai platform kepada peserta untuk bertukar pengetahua­n dan pengalaman mengenai amalan terbaik dalam industri yang diiktiraf sebagai penanda aras sebagai standard global.

Katanya, PETRONAS bangga menjadi sebahagian daripada kerjasama berkenaan dalam usaha meningkatk­an standard keselamata­n dan kecekapan dalam industri.

“Kami akan terus mengekalka­n standard keselamata­n dan kesihatan yang tinggi bagi memastikan tenaga kerja yang berdaya saing dan berkeboleh­an untuk industri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia