Berita Harian

Platform didik pelaburan bijak

46institus­i p asar an modal kongsi pelbagai peluang, tip

- Oleh Lum Chee Hong

Sebanyak 46 institusi pasaran modal akan berkongsi pelbagai peluang dan tip pelaburan pada program Investsmar­t Fest ketiga yang diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur, bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Program itu yang bertemakan ‘Melabur Cara Bijak’ dianjurkan bersama oleh Suruhanjay­a Sekuriti (SC) dan Perbadanan Pembanguna­n Industri Sekuriti.

Timbalan Pengurus Besar yang juga Ketua Hal Ehwal Pelabur dan Aduan SC, Khairul Ridzwan Abd Kudus, berkata program pendidikan tahunan itu akan menampilka­n pelbagai instrumen pelaburan seperti saham, bon, unit amanah, skim persaraan swasta, dana dagangan bursa, derivatif dan ekuiti penjanaan masyarakat.

Katanya, Investsmar­t Fest adalah platform berpusat kepada pelabur untuk perlindung­an pelaburan serta mempelajar­i lebih mengenai pelbagai peluang pelaburan dalam pasaran modal Malaysia dan bagaimana melabur dengan bijak serta bertanggun­g jawab.

Sasar 10,000 pengunjung

“Program ini menampilka­n mereka yang mempunyai lesen pelaburan sah dikeluarka­n oleh SC, pihak berkuasa serta institusi kewangan dan pasaran modal seperti Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bursa Malaysia, Pusat Penyele saian Pertikaian Industri Sekuriti serta Pentadbir Pencen Swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan wartawan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment Management Bhd, Najmuddin Mohd Lutfi dan Pengarah Jupiter Research Sdn Bhd, Nazarry Rosli.

Mengulas lanjut, Khairul Ridzwan berkata, pihaknya menjangkak­an seramai 10,000 pengunjung akan ke program pendidikan pelaburan terbabit.

Katanya, Investsmar­t Fest juga akan mempunyai sesi pelaburan dalam keadaan ekonomi semasa dan prospek pasaran oleh penceramah industri terkemuka.

“Selain itu, ada cabaran menarik dan permainan pelaburan interaktif, termasuk hadiah eksklusif untuk dimenangi,” katanya.

Peluang pengurus dana

Sementara itu, Najmuddin berkata, pameran pendidikan itu adalah peluang baik bagi pengurus dana seperti BIMB untuk menawarkan pelaburan syariah.

“Unit amanah lebih selamat berbanding pasaran ekuiti dan ia adalah pelaburan baik untuk pelabur,” katanya.

Nazarry pula berkata, walaupun urus niaga saham dalam talian popular ketika ini, namun pelabur perlu membayar kepada saluran yang betul bagi mengelakka­n kes penipuan.

Masuk ke Investsmar­t Fest adalah percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia