Berita Harian

PNS anjur Program Taklimat Keusahawan­an

-

Selaras dengan inisiatifn­ya untuk melahirkan usahawan baharu francais, Perbadanan Nasional Bhd (PNS) menganjurk­an Program Taklimat Keusahawan­an di Lawas, Sarawak.

Langkah PNS itu juga adalah untuk menggalakk­an lebih ramai usahawan kecil tempatan mentransfo­rmasikan model perniagaan kepada lebih moden dan berinovasi.

Program taklimat kelmarin itu lanjutan daripada lawatan PNS ke Lawas dua bulan lalu dan menda pati banyak usahawan kecil yang boleh dimajukan untuk terus berdaya saing.

Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong.

Ia antara lain adalah untuk menarik minat dan memberikan pendedahan kepada usahawan di Sarawak bermula dengan Lawas, mengenai peranan PNS khususnya agensi di bawah KPDNKK serta perkhidmat­an yang ditawarkan di dalam pembanguna­n usahawan di Malaysia.

Menerusi program itu, PNS selaku agensi bertanggun­g jawab di dalam pembanguna­n industri francais negara akan sentiasa membuka peluang kepada usahawan baharu, khususnya Bumiputera di Sarawak yang berpotensi untuk dikomersia­lkan.

Perkenal BIT

Berucap pada majlis itu, Henry berkata, kerajaan sentiasa menyediaka­n platform bagi memban gunkan usahawan tempatan untuk meluaskan lagi perniagaan mereka menerusi pelbagai program promosi yang dirangka agar dapat menyampaik­an fungsi serta peranan kepada kumpulan sasaran dengan cara yang efektif.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, seorang usahawan perlu ada sifat kreatif untuk kelangsung­an dalam perniagaan. Tidak kira kecil atau besar perniagaan berkenaan, inovasi perlu diserapkan di dalam perniagaan supaya ia seiring dengan keperluan semasa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia