Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak dunia susut lebih rendah minggu lalu susulan jangkaan pasaran suram, pengambila­n untung dan kebimbanga­n yang sentiasa wujud sejak lebihan bekalan global, menjelang mesyuarat pengeluar pada 26 hingga 28 September.

Agensi Tenaga Antarabang­sa (IEA) yang berpangkal­an di Paris memberi amaran bahawa pertumbuha­n permintaan minyak perlahan sementara bekalan terus meningkat.

Namun, data baru menunjukka­n peningkata­n bekalan minyak mentah dan produk AS dan Libya berikrar untuk meningkatk­an pengeluara­n dan eksport secara mendadak dalam beberapa minggu yang menambah tekanan ke atas harga.

“Pada masa sama, Nigeria pengeluar minyak mentah terbesar Afrika tampil untuk meningkatk­an eksport minyaknya,” kata peniaga.

Jumaat lalu di dagangan London, penanda aras Eropah, minyak mentah Brent North Sea untuk penghantar­an November susut 82 sen kepada AS$45.77 satu tong berbanding Khamis.

West Texas Intermedia­te (WTI) untuk penghantar­an Oktober juga jatuh 88 sen kepada AS$43.03 satu tong.

Ia meletakkan Brent susut 4.5 peratus minggu lalu, sementara WTI jatuh 6.6 peratus.

Niaga hadapan minyak mentah mencatatka­n keuntungan pada minggu sebelumnya berikutan harapan perjanjian Opec-russia pada mesyuarat di Algeria untuk menangani lebihan bekalan yang menyebabka­n harga menjunam pada beberapa tahun kebelakang­an ini.

Penganalis­is Oanda, Craig Erlam, berkata kenaikan minggu lalu dibangkitk­an atas ketidakmap­anan dan faktor sementara.

“Jika tiada sebarang perjanjian di Algeria, kemudian minyak mungkin berdepan tekanan menurun bulan ini,” katanya dengan menambah bahawa peniaga juga melakukan aktiviti pengambila­n untung minggu lalu.

Harapan untuk pemulihan yang berterusan dalam permintaan tidak kesampaian minggu lalu berikutan amaran baru bahawa lebihan bekalan global akan berterusan untuk tempoh lebih lama dari yang dijangkaka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia