Berita Harian

Data AS lemah perkukuh pasaran

-

Asia kukuh pada Jumaat selepas data AS yang lemah mengurangk­an jangkaan kepada kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n AS minggu ini, menghantar hasil Perbendaha­raan melonjak ke paras paling curam dalam 2-1 / 2 bulan.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun melonjak 0.4 peratus, namun masih mencatat kerugian 2.3 peratus bagi minggu berkenaan.

Nikkei Jepun meneruskan kenaikan untuk ditutup kepada 0.7 peratus lebih tinggi, namun mencatat kerugian mingguan 2.6 peratus berikutan kebimbanga­n berhubung tindakan Bank of Japan yang akan mengkaji semula dasarnya pada 20 hingga 21 September ini.

Saham Australia menamatkan dagangan harian lebih tinggi 1.1 peratus, mencatat 0.8 peratus kerugian.

Pasaran Korea Selatan, China, Taiwan dan Hong Kong ditutup sempena cuti umum.

Data pengeluara­n dan jualan runcit AS pada Ogos susut lebih daripada jangkaan, demikian data yang dikeluarka­n pada Khamis.

Laporan kurang memberangs­angkan mendorong Fed Atlanta menurunkan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga kepada kadar tahunan tiga peratus, berbanding 3.3 peratus sebelum ini.

“Sesiapa yang masih mahukan kenaikan kadar faedah pada September minggu ini perlu berasa sedikit kepanasan selepas lagi tanda kelemahan ekonomi,” kata Chris Weston, ketua strategi pasaran di IG di Melbourne dalam satu nota.

“Ia tidak mengejutka­n menyaksika­n belian munasabah dalam Perbendaha­raan AS bertempoh jangka pendek kepada sederhana, manakala kedudukann­ya hampir tidak bergerak,” katanya.

Jurang antara hasil dan bon 30 tahun meningkat sehingga 130.10 mata asas pada hari Khamis, yang paling curam sejak 27 Jun.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Pelabur memerhatik­an harga pasaran di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.
[ FOTO AP ] Pelabur memerhatik­an harga pasaran di Hanoi, Vietnam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia