Berita Harian

Pasaran dijangka tak menentu

Tiga faktor seb ab kan prestasi turun naik b ursa minggu ini

-

faktor itu dijangka menyebabka­n prestasi turun naik dalam pasaran.

“Bagaimanap­un, saya menjangkak­an Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) mengekalka­n kadar faedah tidak berubah dan bagi BOJ, mereka mungkin tidak mengumumka­n sebarang rangsangan baharu,” katanya.

Beliau juga berkata, bursa tempatan dijangka berlegar antara 1,650 dan 1,660 mata dalam tempoh terdekat ini.

“Mengenai Bajet 2017, khabar angin dan desas-desus pasaran juga akan mempengaru­hi pasaran kerana banyak pihak yang akan memantau maklum balas daripada segala cadangan yang diusulkan,” kata Nazri.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Jumaat masing-masing sempena cuti Aidiladha dan Hari Malaysia.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 33.45 mata kepada 1,652.99.

Cecah paras terendah

Indeks petunjuk pasaran itu mencecah paras terendah dalam tempoh lima minggu pada 1,661.39 Rabu lalu, dipengaruh­i sentimen lemah apabila kebanyakan peniaga tidak memasuki pasaran berikutan cuti.

Bagi asas mingguan, Indeks FBM Emas turun 186.48 mata kepada 11,674.44, Indeks FBMT 100 susut 183.56 mata kepada 11,379.44 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 178.69 mata kepada 12,327.23.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 294.37 mata kepada 14,216.88 manakala Indeks Perusahaan susut 52.47 mata kepada 3,099.23.

Indeks Perladanga­n juga jatuh sebanyak 41.91 mata kepada 7,846.61.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 4.09 bilion unit bernilai RM5.65 bilion, daripada 7.89 bilion unit bernilai RM7.49 bilion yang dicatatkan minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 2.78 bilion saham bernilai RM5.43 bilion, daripada 4.61 bilion saham bernilai RM7.03 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran turun kepada 639.56 juta saham bernilai RM123.05 juta, daripada 1.26 bilion unit bernilai RM187.66 juta.

Pasaran ACE susut kepada 462.11 juta saham bernilai RM97.94 juta, daripada 2.01 bilion saham bernilai RM270.04 juta sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia