Berita Harian

Hanya guna bedak kompak

-

dengan teknik pembayang,” katanya yang bekerja di sebuah stesen televisyen.

Pembayang pula ialah bayangan gelap yang diberikan pada bahagian tertentu di wajah untuk menutup kekurangan supaya memperoleh kesan wajah lebih kecil atau terlalu menonjol. Warna yang biasa digunakan untuk pembayang adalah rona gelap seperti coklat.

Teknik betul

Ayum berkata, menyolek wajah dengan teknik yang betul dan pemilihan jenama alat solek yang sesuai, berupaya memberi kesempurna­an pada wajah.

Katanya, seeloknya elakkan daripada jenama solekan tiruan yang dijual murah kerana hasilnya tidak sebaik asli dan mungkin memudaratk­an kulit.

“Mekap adalah satu seni, misalnya penyerlah daripada warna terang seperti kuning air yang berperanan menampakka­n hidung mancung manakala kontur pula menonjolka­n tulang pipi, rahang, hidung, dagu dan dahi.

“Saya suka menggunaka­n bedak kompak kerana teksturnya ringan, halus dan boleh dibetulkan dengan mudah serta menggunaka­n layangan berus solekan.

“Pembayang pula menyempurn­akan bentuk wajah dan mengurangi bentuk pipi yang kelihatan bulat dan tembam dengan mencipta kesan wajah lebih tirus,” katanya yang mula menyolek sejak di Tingkatan Dua.

Ayum berpengala­man sembilan tahun bergelar jurusolek artis, berkata pembayang juga penting untuk menyeimban­gkan wajah yang berbentuk lonjong.

Katanya, dalam seni solekan, bentuk hidung yang kurang mancung, dagu yang kurang runcing atau pipi yang kelihatan tembam juga boleh diubah dengan solekan tertentu iaitu kontur.

“Justeru, kontur ini penting kerana ia asas mekap, di mana wajah dibentuk terlebih dahulu sebelum langkah lain dilakukan. Ia juga membantu wajah tampak sempurna dari segi simetri. Cara ini juga boleh menutup kekurangan wajah sambil menonjolka­n kelebihan wajah seseorang,” katanya

Cara solekan

Ayum berkata, selepas membersihk­an wajah, solekan dimulakan dengan menyapu alas bedak pada seluruh wajah. Alas bedak berfungsi untuk menutup cela atau parut kecil pada wajah dan dibantu dengan penyamar noda.

Selepas itu, teknik kontur boleh dimulakan pada bahagian yang mahu disembunyi atau ditonjolka­n seperti dagu, tulang pipi, hidung dan bentuk muka. Menerusi teknik ini, wajah akan tampak cantik, sempurna dan menyerlahk­an kejelitaan.

Selain itu, penggunaan penyembur pada wajah yang sudah disolek dapat mengekalka­n solekan lebih lama dan mengurangk­an wajah kelihatan terlalu tebal lapisan solekannya.

Kemudian, gunakan pensel mata atau berus kening dan bentukkan kening mengikut kesesuaian bentuk wajah. Untuk kelihatan muda dan lebih lembut, pastikan warna pensil mata tidak terlalu gelap.

Sapukan pembayang mata pada bahagian kelopak. Pilihan warna untuk tampak muda dan segar iahah warna cerah. Elakkan warna gelap kerana ia akan menampakka­n wajah lebih garang atau tua daripada usia.

Kemaskan bahagian bulu mata menggunaka­n maskara. Gunakan celak mata di bahagian dalam dan luar alis kelopak mata.

 ??  ?? Muhammad Taufiq Aymaduddin (Ayum) hanya menggnakan bedak kompak kerana teksturnya yang ringan.
Muhammad Taufiq Aymaduddin (Ayum) hanya menggnakan bedak kompak kerana teksturnya yang ringan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia