Berita Harian

Teknik sambung bulu mata

Mampu beri impak penampilan lebih seksi menawan

-

Kesan solekan pada bulu mata menjadikan penampilan wanita lebih menyerlah, seksi dan nampak galak.

Bagi wanita yang malas memakai maskara atau bulu masa palsu, ada kaedah lain lebih baik dan tahan lama, iaitu melakukan sambungan pada bulu mata.

Teknik ini menjadikan bulu mata lentik, panjang, hitam, lebat dan nampak semula jadi seperti asli. Wanita tidak perlu ambil masa lama bersolek.

Pemilik salun kecantikan Lashility, Chanel Yap, berkata penggunaan bulu mata tambahan itu digemari dalam kalangan selebriti dan model kerana hasil lebih tahan lama dan memukau.

Katanya, proses menyambung itu dilakukan dengan melekatkan helaian bulu mata sentetik pada bulu mata asal yang mengambil masa kira-kira dua jam saja dan hasil tampalan mampu mengubah wajah seseorang tampak lebih anggun.

“Ketebalan, lentik dan panjang yang berbeza mengikut kesesuaian dan citarasa pelanggan sendiri untuk kelihatan dramatik, seksi dan semula jadi.

“Jumlah keseluruha­n penggunaan bulu mata juga berbeza mengikut jumlah asal bulu mata wanita atau lelaki dan jenis bulu mata palsu tambahan dipilih mereka,” katanya ditemui di Salun Rambut The Hair Tric, Bangsar, di Kuala Lumpur.

3 jenis bulu mata

Chanel berkata, pihaknya menyediaka­n tiga jenis bulu mata mengikut ketebalan, iaitu Pandora 3D dengan kesan penggunaan semula jadi, Aurora 6D untuk mata lebih besar dan Noveria 9D untuk kesan mata dramatik.

Ketebalan dan panjangnya ialah antara lapan milimeter hingga 13 milimeter dengan empat kesan lentikan.

“Proses dimulakan dengan khidmat nasihat, memeriksa bulu mata asli pelanggan dan kemudian mereka boleh pilih manamana mengikut cita rasa.

“Bulu mata tambahan ini agak ringan, tapi penggunaan berlebihan boleh mengakibat­kan mata nampak pelik dan bulu mata asli tidak dapat menampung berat.

“Bulu mata tambahan Pandora 3D mempunyai 80 hingga 140 helai bulu mata dan jumlah itu meningkat ikut ketebalan asal,” katanya.

Kesan dramatik

Proses memasang bulu mata sentetik memberikan kesan bulu mata memukau dengan kesan calitan penggaris mata yang menjimatka­n berdandan.

“Proses berbeza mengikut kategori.

Seperti Pandora 3D, setiap helaian bulu mata asal akan ditampal dengan sehelai bulu mata palsu.

“Aurora 6D memerlukan dua hingga tiga bulu mata palsu pada satu helai bulu mata asal kerana kesannya yang lebih tebal, lentik dan seksi.

Chanel berkata, koleksi bulu mata tambahan adalah rekaan dari Korea dan Jepun yang turut disediakan warna biru dan ungu.

“Koleksi bulu mata tambahan Korea selalunya tampak semula jadi berbanding Jepun yang gemarkan solekan persis anak patung Barbie.

“Penggunaan bulu mata palsu tambahan ini juga digemari sesetengah lelaki yang mahukan kesan bulu mata lebih tebal menerusi Marvelous 3D.

“Wanita yang berani mencuba, pilihan bulu mata palsu berwarnawa­rni, selain hitam dan coklat pekat menyerupai bulu mata asal dan mampu bertahan hampir sebulan,” katanya.

Sekiranya mahu tahan lama penjagaan harian memainkan peranan dalam mengekalka­n susunan dan tekstur bulu mata itu.

“Dalam tempoh 48 jam selepas proses tampalan, elakkan terkena air supaya gam kering atau berenang untuk mengelak cepat tanggal,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Dalam tempoh 48 jam selepas proses penampalan, elakkan terkena air.
Dalam tempoh 48 jam selepas proses penampalan, elakkan terkena air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia