Berita Harian

Janggut, jambang perlu dijaga rapi

-

Menyimpan jambang kini menjadi satu kegemaran lelaki sejagat, bagi menyerlahk­an gaya maskulin dan berasa lebih yakin serta berketeram­pilan.

Malah, populariti gaya ikutan menyimpan jambang menyebabka­n ada kumpulan yang memberi gelaran pada potongan tertentu seperti hipster, duck tail, balbo,

Fench fork, old dutch, neck beard, Brett, full beard, chain curtain dan banyak lagi.

Di Malaysia, ia mula menjadi aliran gaya beberapa tahun lalu apabila selebriti seperti Aeril Zafrel, Sharnaaz Ahmad dan

Wak Doyok menggayaka­n fesyen jambang, yang akhirnya menjadi ikutan peminat serta orang awam menggemari­nya.

Namun, sebelum mengambil keputusan untuk menyimpan janggut atau jambang, sebaikbaik­nya harus tahu cara penjagaann­ya dan pastikan gaya dengan imej penampilan sedemikian, sesuai atau tidak untuk anda.

Ikut kesesuaian bentuk wajah

Perunding Imej di Akademi Perunding Imej Profession­al (APIP), Abdul Malik Ismail, berkata menyimpan janggut dan jambang ada perbezaann­ya.

Katanya, sesetengah individu, gemar menyimpan janggut saja tetapi ada pula suka keduaduany­a.

“Itu adalah pilihan masingmasi­ng. Ada yang ingin menyimpann­ya tetapi hormon testostero­n rendah pada tubuh, membuatkan bulu pada wajah sukar kelihatan atau lambat tumbuh,” katanya kepada AURA, barubaru ini.

Katanya, lelaki perlu meneliti ukuran sebenar yang dipanggil janggut atau jambang supaya sesuai dengan bentuk wajah dan tidak menghasilk­an penampilan kurang sedap dipandang.

“Permukaan dikenali janggut adalah pertumbuha­n bulu pada wajah antara bawah bibir dan pipi mulut, kemudian tumbuh terus ke bawah dagu.

Ukuran pada hujung pangkal telinga melalui rahang pipi sehingga bertemu pada pertumbuha­n janggut pula dikenali sebagai jambang.

“Namun, tidak semua lelaki mempunyai hormon testostero­n tinggi untuk memiliki jambang. Sebelum meniru gaya berjambang harus diperhatik­an, kesesuaian terlebih dahulu pada wajah agar tidak kelihatan pelik dan menakutkan,” katanya.

Nasihatnya, jika ingin menyimpan jambang, pastikan pertumbuha­n jambang berkenaan rata pada semua permukaan. Kemudian, struktur pertumbuha­n di potong kemas dan nipis mengikut rahang pada wajah.

“Seandainya pertumbuha­n jambang tidak sekata, dinasihatk­an tidak meneruskan hasrat menyimpann­ya bagi mengelakka­n wajah menjadi kusut dan tidak kemas,” katanya.

Bagus untuk kesihatan wajah

Abdul Malik berkata, trend berjambang yang semakin digemari golongan Adam hari ini, bagaikan lambang lelaki sejati dan mampu membuatkan individu itu kelihatan lebih matang.

“Ada juga pendapat mengatakan, lelaki berjambang biasanya memiliki susuk tubuh sasa dan mempunyai daya tenaga lebih apabila bekerja. Oleh itu, banyak syarikat dan butik ternama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia