Berita Harian

Nenek model laris di pasaran

-

Melihat tubuh wanita berusia 59 tahun ini tidak siapa menyangka kelihatan seperti gadis 20-an.

Bukan saja kurus melidi seperti model, tetapi juga masih bergetah dan tiada tanda penuaan yang kelihatan.

Apakah rahsia anak kelahiran Perancis,

Yasmina Rossi, kelihatan jelita walaupun sudah mempunyai dua orang cucu, tetapi masih diburu menjadi model jenama terkemuka seperti Marks & Spencer, Hermes dan Macy’s.

Bagaikan satu anugerah memiliki kejelitaan seperti Yasmina. Wajah dan rambutnya cukup eksotik dan mempunyai nilai yang tinggi untuk dijadikan ikon mahupun model sesebuah produk.

Sungguhpun karier Yasmina sememangny­a bermula pada usia muda, beliau membuktika­n kerjayanya tidak terhenti pada umur 30-an. Pada umur 50 tahun Yasmina menjadi model untuk pakaian renang dan beliau kelihatan lebih bergaya daripada model biasa.

Yasmina berkata, badannya itu tidak dimiliki menerusi genetik, sebaliknya beliau mengamalka­n pemakanan organik untuk kekal sihat dan cantik.

Jelasnya, sebelum trend pemakanan organik ini menjadi popular, beliau sudah lama mengamalka­nnya dan ternyata berkesan ke atas dirinya.

“Seminggu sekali saya akan skrub badan dengan minyak zaitun dan gula. Setiap hari buah avakado menjadi hidangan wajib dan akan makan ikan dan daging organik.

“Selain itu, senaman juga penting. Saya gemar mendaki, berjoging dan yoga. Bersenam pula tidak keterlalua­n,” katanya.

Jaga rambut

Bagaimanap­un, beliau tidak sentiasa dibayangi keremajaan kerana rambutnya mula beruban ketika berusia 20 tahun.

Yasmina berkata, beliau tidak pernah mewarnakan rambutnya, tetapi cepat beruban pada usia muda.

 ??  ?? Yasmina Rossi, Model Yasmina sentiasa kekal bertenaga pada usia 59 tahun di pentas peragaan.
Yasmina Rossi, Model Yasmina sentiasa kekal bertenaga pada usia 59 tahun di pentas peragaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia