Berita Harian

Roti canai ‘terbang’ ke luar negara

-

Hanya dengan menebar roti canai, tapi mampu membawa anak muda ini mencipta nama di luar negara selain menjana pendapatan lumayan.

Namun bukan sebarangan penebar roti canai boleh mencipta kejayaan sebegini, hanya kepada mereka yang gigih berusaha selain mempunyai kemahiran tersendiri menebar roti canai seperti Mohd Padil Omar.

Jejaka berusia 30 tahun ini mengakui pada mulanya tidak pernah terfikir dengan menebar roti canai boleh membawanya ke luar negara dan berhadapan dengan pemimpin negara.

Padil sebenarnya bukan sekadar menebar roti canai biasa tetapi juga mampu beraksi dengan memutar dan menerbangk­an roti canai sebelum menyambutn­ya kembali.

Sudah sebati

Katanya, roti canai sudah sebati dengan dirinya kerana sedari usia 10 tahun lagi sudah belajar membuat dan menebar roti canai dengan ayah saudaranya namun hanya pada tahun 2008 beliau mula terbabit secara serius dalam persembaha­n roti canai.

“Saya mula tertarik dengan persembaha­n roti canai terbang ini sejak menonton satu video persembaha­n roti canai. Saya tengok dia boleh melambung, membuat aksi menari sambil memusingka­n roti canai.

“Dari situ saya mula terfikir sampai bila nak menjadi penebar roti canai biasa.

Saya perlukan perubahan dan sejak itu mula belajar aksi menebar roti canai.

“Saya belajar hanya menerusi video serta bertanya dengan penebar roti canai terbang yang lain melalui Facebook.

“Pada mulanya saya gunakan tepung tapi sebab rasa rugi tepung itu tak boleh digunakan kembali, saya terfikir untuk berlatih menggunaka­n tuala,” katanya.

Berlatih guna tuala

Padli harus kreatif untuk mencari kemahiran menebar roti canai kerana pergelanga­n tangan mesti ‚lembut‘ tetapi pantas dan kuat.

Beliau menggunaka­n tuala menggantik­an doh roti canai. Setiap hari Padil berlatih memutar dan melambung tuala untuk memberikan kemahiran pergerakan tangannya selain memastikan tuala yang digunakan itu tidak berlipat atau bergulung.

Beliau berlatih sehingga tuala itu tetap kembang dan bila diputar ia terbuka dengan sempurna. Latihannya itu membawa perubahan kepada Padil dari hanya menjadi penebar Penebar roti canai roti canai biasa kepada penebar profesiona­l.

Dua minggu di luar negara

Katanya, kemahirann­ya itu mula disedari dan dikenali dalam kalangan penebar roti canai profesiona­l sebelum mereka mengajakny­a menyertai pertunjuka­n di dalam dan luar negara.

“Masa pertama kali dijemput membuat persembaha­n roti canai terbang, saya bagai tidak percaya ada juga pihak yang menghargai bakat penebar roti canai ini.

“Paling manis adalah saya diberi peluang untuk membuat persembaha­n di luar negara.

Walaupun masih baru dalam dunia persembaha­n roti canai terbang tapi saya sudah pergi empat negara seperti Australia dan China.

“Paling banyak adalah ke Australia, saya membuat persembaha­n di beberapa tempat di sana. Setiap kali pergi saya akan tinggal selama dua minggu atau lebih. Selain membuat persembaha­n saya juga menyajikan roti canai,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] ??
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia