Berita Harian

Transforma­si Eka

Bekas peserta AF9 tampil lebih yakin bersama single Mengenal Cinta

-

Beberapa kali percubaann­ya untuk menempatka­n diri dalam dunia muzik menemui kegagalan, penyanyi ini tidak mudah untuk menyerah kalah. Sebaliknya Eka Sharif percaya, suatu hari nanti, kejayaan pasti berada dalam genggamann­ya.

Pernah menyertai program realiti

musim kesembilan pada 2011, namun belum sempat menunjukka­n keupayaan sebenar, dirinya terlebih dulu terkeluar daripada saingan.

Begitupun, langkahnya untuk membina nama dalam industri seni negara tidak sesekali goyah. Sejak beberapa tahun lalu, beberapa percubaan turut dilakukann­ya walaupun ia turut menemui kegagalan.

Gagal menyerlah

Ketika itu juga, dirinya dilihat kurang menonjol dari segi penampilan dan imej diketengah­kan. Berbeza dengan gaya dan dandanan ketika berkunjung ke Balai Berita bagi mempromosi­kan

baharunya, baru-baru ini, penampilan Eka sebelum ini nyata jauh berbeza.

Dia sendiri mengakui hakikat berkenaan. Katanya, pada awal kemunculan­nya di arena seni, dirinya bukanlah pandai bergaya ataupun berfesyen seperti sekarang.

“Memang dulu saya kurang bijak dalam bab fesyen atau gaya. Malah, dulu saya berambut pendek, berkulit gelap dan mengenakan pendakap gigi menyebabka­n orang tidak begitu perasan kehadiran saya.

“Akhirnya, sedikit demi sedikit saya sedar, selain bakat, penampilan seseorang artis itu penting dalam meraih perhatian.

“Sejak menganggot­ai kumpulan duo, Hana Rose, bersama Isyariana pada 2013, saya mahukan perubahan. Tetapi, dua kami iaitu dan juga menerima nasib sama. Akhirnya kami nekad untuk membubarka­n duo yang mendapat bimbingan Cat Farish itu,” katanya.

Lakukan perubahan demi kerjaya

Muncul dengan lagu baharu berjudul

Eka kini tampil dengan imej rambut panjang, berkulit putih gebu dan pakaian yang dikira menyerlahk­an lagi kejelitaan dirinya.

Bukan sekadar transforma­si diri dilakukan Eka, sebaliknya dia juga melakukan perubahan dari segi karya dibawa, selain aturan strategi bagi membolehka­nnya menempatka­n nama sebaris dengan penyanyi terkenal lain di negara kita.

“Saya lebih berkeyakin­an tinggi untuk bergerak solo, apatah lagi kini bernaung di bawah syarikat rakaman MAP Music, sebumbung dengan kumpulan Projector Band.

berentak balada moden,

pula adalah hasil ciptaan saya sendiri dan komposer Ardiv Jauhari bertindak sebagai penulis liriknya,” katanya.

Tuahrakama­n Smule

Tambah Eka, ketika namanya mula disebutseb­ut apabila rakaman dirinya menggunaka­n aplikasi Smule menyanyika­n lagu

(nyanyian Projector Band) menjadi viral di laman sosial, dia akan manfaatkan peluang itu bagi mempromosi­kan lagu terbaharun­ya.

“Tidak disangka, percubaan menggunaka­n aplikasi Smule itu memberi ruang kepada saya menonjolka­n semula bakat nyanyian untuk dikenali ramai. Saya mendapat banyak maklum balas positif hasil rakaman nyanyian berkenaan.

“Jadi, saya turut merancang untuk mengadakan pertanding­an menggunaka­n aplikasi terbabit, dengan peminat menyanyika­n katanya.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ?? Fantasia (AF) single single Deritaku A kademi Girlfriend Cinta, Eka Mengenal “Single Cinta, Tahu Mengenal Sudah Ku single Mencari Cinta,” Eka,
Bekas peserta AF9
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] Fantasia (AF) single single Deritaku A kademi Girlfriend Cinta, Eka Mengenal “Single Cinta, Tahu Mengenal Sudah Ku single Mencari Cinta,” Eka, Bekas peserta AF9

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia