Berita Harian

Program eksklusif pikat pelanggan

Rancangan antarabang­sa, tempatan semarakkan jadual tayangan Hypptv

-

Bagi memenuhi cita rasa penonton, stesen saluran berbayar, Hypptv, menyusun pelbagai lagi program baharu dan menarik dari dalam mahupun luar negara bermula awal September lalu.

Program yang dirangka juga dianggap antara strategi menarik minat pelanggan baharu untuk beralih kepada stesen yang menggunaka­n jalur lebar itu.

Bukan sekadar rancangan antarabang­sa, yang dipancarka­n secara terus pada hari sama siarannya di Amerika Syarikat (AS), sebaliknya, saluran terbabit turut memberikan penekanan kepada kandungan baharu tempatan, yang dibawa secara eksklusif untuk khalayak.

Program bercorak hiburan, infotainme­nt dan drama direka serta disusun bersesuaia­n dengan selera penonton masa kini, seiring hasrat stesen terbabit untuk menyajikan program baharu dan segar, yang belum pernah dipertonto­nkan di saluran lain.

Nama popular hiasi drama tempatan

Drama bersiri Impian Lulu dan Cinta FB membuka kalendar program September dengan menampilka­n wajah popular seperti

Zara Zya, Hafizul Kamal, Killafairy, Afiq Muiz dan Idris Khan menerusi saluran Hypp Sensasi.

Impian Lulu mengisahka­n mengenai gadis berusia 23 tahun yang bertekad mengejar impiannya menjadi pereka fesyen. Mengetenga­hkan lakonan Killafairy, Afiq dan Idris, ia akan bersiaran setiap Jumaat mulai 30 September ini, jam 9 malam.

Zara Zya dan Hafizul pula dengan masingmasi­ng membawa watak Emelda dan Shah, pasangan yang bercinta di laman sosial Facebook. Bagaimanap­un suasana huruhara tercetus apabila mereka masingmasi­ng duduk berjiran dan sering bergaduh.

Namun, keputusan Emelda untuk mendirikan rumah tangga dengan pemuda lain, Fitri, mengejutka­n Shah kerana keduaduany­a sebenarnya menyimpan perasaan.

Cinta FB akan disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam, mulai 3 Oktober depan.

Selain drama, Hypptv turut menyajikan program bercorak travelog

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia