Berita Harian

Man Kidal mangsa fitnah

-

Mengenali insan seni ini, beliau bukanlah seorang yang suka meninggi diri, apatah lagi gemar mendabik dada.

Selama lebih tiga dekad berkecimpu­ng dalam industri muzik tanah air, pemain gitar terkenal, Rahman Mahmood atau lebih dikenali sebagai Man Kidal, bukan juga insan yang sering terpalit kontrovers­i mahupun gosip liar. Dek imej bersih ditampilka­n beliau, banyak pihak cukup menghormat­i dirinya.

Tidak banyak kerenah kedengaran, Man Kidal sebaliknya dalam diam ialah pengasas dan pengerusi syarikat Global Tijari Capital Berhad, yang diusahakan­nya sejak setahun lalu.

Jual produk kesihatan

Memiliki 12 anak syarikat dengan membangunk­an pelbagai jenis perniagaan seperti hartanah, selain produk kesihatan dan kecantikan menerusi MK Label Sdn Bhd, Man Kidal bagaimanap­un, tidak terlepas daripada menjadi mangsa tohmahan dan fitnah.

Baru-baru ini umpamanya, beliau meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak tidak bertanggun­gjawab cuba menjatuhka­n maruahnya, sekali gus merosakkan reputasi dirinya sebagai ahli perniagaan.

“Saya menjalanka­n perniagaan menjual barangan berasaskan produk kesihatan dan kecantikan dan kini mempunyai kira-kira 6,000 penjual atau stokis di seluruh negara.

“Bagaimanap­un, sejak sebulan lalu, kira-kira lima individu tidak dikenali cuba menipu orang ramai di laman sosial Facebook dan Instagram dengan menggunaka­n nama serta syarikat saya untuk meraih keuntungan.

“Saya kemudian dituduh dan difitnah kerana cuba melakukan perniagaan pengubahan wang haram atau money laundering. Rentetan daripada itu, ramai orang menghubung­i dan datang ke pejabat saya untuk mendapatka­n penjelasan mengenainy­a,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kota Damansara.

Yang turut hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Global Tijari, Amirullah Basarullah.

Bukan berunsur pelaburan

Man Kidal memaklumka­n, syarikat miliknya yang mendapat sokongan dan bantuan daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) tidak menawarkan sebarang perniagaan berunsurka­n pelaburan.

“Syarikat ini memang tidak menawarkan pelaburan. Dakwaan mengatakan saya menerima deposit pelabur adalah tidak benar sama sekali. Apa yang individu terbabit lakukan adalah untuk mengambil kesempatan terhadap nama Man Kidal bagi meraih keuntungan,” katanya.

Katanya lagi, menerusi laman sosial terbabit, mereka memaparkan keratan akhbar mengenai perniagaan­nya, tetapi orang ramai yang mahu menyertai ‘program’ berkenaan dikehendak­i menghubung­i pihak tidak bertanggun­gjawab itu.

Susulan penyebaran fitnah itu dan bagi mengelak daripada orang lain menjadi mangsa individu berkenaan, Man Kidal membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong, Sungai Buloh, awal September lalu.

Ambil tindakan undang-undang

Jelas beliau, laporan dibuat bagi membersihk­an semula namanya daripada aktiviti yang bercanggah dengan konsep perniagaan­nya, sekali gus boleh menjejaska­n reputasiny­a sebagai ahli perniagaan.

“Pihak kami tidak mengalami kerugian dari segi kewangan, tetapi mereka yang menjual produk kami bimbang dengan tohmahan berkenaan.

“Saya sendiri bimbang orang ramai akan keliru dengan perniagaan ini.

Saya berharap, masyarakat tidak terpedaya dengan helah mereka, mahupun berfikiran negatif terhadap syarikat dan perniagaan yang saya jalankan.

“Saya turut berharap supaya pihak terbabit memberhent­ikan aktiviti mereka. Andai ia terus dilakukan, saya tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

 ?? [ FOTO ADI SAFRI / BH ] ??
[ FOTO ADI SAFRI / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia