Berita Harian

Parti jelmaan baharu Shafie tak gugat UMNO

Pastikan jentera parti sentiasa kuat, bersiap siaga hadapi PRU

-

UMNO yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak mungkin tergugat dengan kemunculan parti jelmaan baharu di negeri itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Pengerusi BN bagaimanap­un berkata, UMNO dan BN perlu memastikan jentera parti sentiasa berada dalam keadaan kuat serta bersiap siaga untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Sama ada BN dan UMNO di Sabah tergugat atau tidak, ia bergantung kepada kekuatan parti memantapka­n jentera parti. Di Sabah, BN pernah hadapi masalah sebelum ini. Di Semenanjun­g juga UMNO hadapi dua kali masalah apabila muncul parti serpihan dan guna nama baharu.

“Yang paling penting, barisan kepemimpin­an UMNO dan BN yang akan menentukan kemenangan parti dalam PRU akan datang. Di sini, saya yakin kepemimpin­an Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, BN dan UMNO akan terus kuat dan mantap di Sabah,” katanya di sini, semalam.

Timbalan Perdana Menteri yang menghadiri Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNGA) Ke-71 mengulas langkah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memohon kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menukar identiti dan nama sebuah parti di Sabah kelmarin.

Kerajaan tidak akan sekat

Ahmad Zahid berkata, sebagai sebuah negara mengamalka­n sistem demokrasi, kerajaan tidak akan menyekat mana-mana parti atau individu untuk mendaftar, mengubah atau menstruktu­r semula organisasi politik.

“Yang penting, segala tatacara serta prosedur diikuti dan ROS akan bersikap profesiona­l menerimany­a seperti mereka menerima permohonan pendaftara­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang saya nyatakan ia akan diluluskan dalam tempoh 30 hari,” katanya.

Ketika diminta mengulas sama ada tindakan Mohd Shafie itu sesuatu yang janggal kerana bekas pemimpin UMNO itu pernah menganggap kewujudan parti baharu tidak akan menggugat UMNO, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, ia perlu dihormati kerana menterjema­hkan semangat demokrasi di negara ini.

Pikul amanah

Mengulas pelantikan­nya sebagai Timbalan Pengerusi BN, Ahmad Zahid berterima kasih kepada semua pihak yang menaruh kepercayaa­n kepadanya bagi memikul amanah yang diberikan, terutama untuk berdepan PRU akan datang.

“Saya fikir Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang juga Pengerusi BN, mahu saya memantapka­n lagi jentera pilihan raya kerana parti tidak boleh bergantung lagi kepada cara konvension­al bagi menghadapi PRU akan datang” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada MCA dan MIC yang mengusulka­n namanya untuk mengisi jawatan itu bersandark­an kepada sistem konvension­al diamalkan selama ini secara konsensus.

“Kedudukan saya sebagai wakil UMNO dalam BN akan digantikan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia