Berita Harian

Tahanan kita di Guantanamo mungkin dipindah

-

New York: Rakyat Malaysia yang ditahan Amerika Syarikat (AS) di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, Mohd Bashir Lap mungkin boleh dipindahka­n ke penjara di Malaysia tetapi perlu terus menjalani proses deradikali­sasi atau pemulihan ideologi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Lembaga Semakan Berkala AS memaklumka­n pihaknya mendapati Mohd Bashir sudah insaf dan mungkin boleh dipindahka­n ke Malaysia, dengan syarat terus mengikuti program deradikali­sasi untuk memastikan beliau benarbenar bebas daripada ideologi pengganas.

“Usaha memindahka­n Mohd Bashir ke Malaysia bukan kerana hendak membawa masuk pengganas ke negara ini, tetapi ia menunjukka­n kejayaan program deradikali­sasi kita yang sudah mencapai tahap 97.5 peratus berkesan untuk memulihkan ideologi pengganas,” katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia selepas bertemu dengan Pesuruhjay­a Khas AS Mengenai Penutupan Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Lee Wolowsky sempena Perhimpuna­n Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-71 di sini, semalam.

Mohd Bashir dan seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Fariq Amin didakwa terbabit dalam gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) pada awal 2000.

Pengeboman Hotel JW Marriot

Mereka dikatakan terbabit dalam kejadian pengeboman Hotel JW Marriot di Jakarta, Indonesia pada 2003 dan ditahan di Bangkok pada tahun yang sama. Kedua-duanya kemudian ditahan di Kem Teluk Guantanamo pada 2006.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerajaan akan menubuhkan Jawatankua­sa Peringkat Tinggi yang akan dipengerus­ikannya bagi membincang­kan mengenai syarat membolehka­n rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo dipindahka­n ke penjara dalam negara.

Beliau berkata, jawatankua­sa itu akan dianggotai pegawai dari kementeria­nnya, Kementeria­n Luar, Kementeria­n Pertahanan, Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen.

“Saya menjemput Wolowsky datang ke Malaysia dalam tempoh terdekat bagi memberi penjelasan kepada Jawatankua­sa Peringkat Tinggi dengan lebih terperinci mengenai syarat yang mesti dipatuhi jika mahu memindahka­n banduan berstatus pengganas ke Malaysia,” katanya.

Mohd Bashir dan seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Fariq Amin didakwa terbabit dalam gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) pada awal 2000

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia