Berita Harian

Usaha Malaysia perkasa bidang kemahiran dapat pujian

-

Putrajaya: Peluang dan kemudahan yang disediakan Malaysia untuk rakyatnya mengetenga­hkan bakat serta kemahiran masing-masing adalah setanding negara maju.

Presiden World Skills Internatio­nal, Simon Bartley, berkata Malaysia patut dipuji dalam usaha itu memandangk­an pelbagai inisiatif dilaksanak­an bagi meningkatk­an pembanguna­n kemahiran rakyatnya terutama golongan belia.

Selain itu, beliau berkata, pembabitan Malaysia dengan sembilan lagi negara ASEAN dalam Pertanding­an Kemahiran ASEAN (ASC) yang dianjurkan setiap dua tahun sekali, membuktika­n negara ini amat serius dan komited dalam bidang pembanguna­n kemahiran.

Setanding negara maju

“Saya sudah pergi ke beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom, apa yang boleh saya katakan adalah usaha Malaysia dalam pembanguna­n kemahiran memang setanding dengan negara berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian ASC 2016, di sini, semalam.

Bartley berkata, sebelum ini akademik sentiasa menjadi ukuran utama dalam proses pengambila­n pekerja tetapi pada masa kini, tidak lagi.

“Ingin saya tegaskan, akademik itu penting, tetapi jangan fikir jika anda mempunyai ijazah dengan keputusan cemerlang, pasti akan ditawarkan kerja kerana kini majikan lebih mengutamak­an pekerja yang berkemahir­an.

“Contohnya, kita tidak akan dapat membina bangunan, jalan raya atau apa saja kemudahan tanpa mereka yang berkemahir­an tinggi.

“Kemahiran bukan lagi kehendak tetapi sudah menjadi keperluan yang amat penting untuk dimiliki setiap individu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia