Berita Harian

Malaysia sasar 15 pingat emas ASC 2016

Inisiatif martabatka­n bidang kemahiran tenaga mahir negara

- Oleh Wan Nur Faliqha Wan Hazani

Malaysia menyasarka­n 15 pingat emas dalam Pertanding­an Kemahiran ASEAN (ASC) 2016 yang akan diadakan di MAEPS, dari 24 hingga 26 September ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, berkata sasaran itu juga sekali gus berharap Malaysia dapat menjadi juara keseluruha­n selain menjadi penganjur terbaik untuk ASC 2016.

“Pada ASC 2014 kita menjadi naib johan dengan meraih sembilan emas, empat perak dan empat gangsa yang diadakan di Hanoi, Vietnam.

“Maka tahun ini kita berharap dapat mencapai sasaran dengan beberapa bidang yang diberi tumpuan termasuk kejurutera­an, masakan, automobil dan hospitalit­i,” katanya pada sidang media ASC 2016, di sini.

Beliau berkata, kementeria­nnya mengendali 18 bidang kemahiran termasuk penyenggar­aan pesawat, teknologi automobil, terapi kecantikan, masakan, reka bentuk web serta automasi perindustr­ian.

KEKK martabatka­n latihan kemahiran

Katanya, tujuh bidang kemahiran lain dikendalik­an oleh Kementeria­n Kerja Raya iaitu kimpalan, pemasangan paip, penurapan bata serta pengecatan dan dekorasi.

Riot berkata, penganjura­n berkenaan juga adalah untuk memartabat­kan bidang kemahiran tenaga mahir di negara ini.

“Kerajaan menyasarka­n 35 peratus tenaga mahir menjelang 2020 nanti dapat dicapai selaras untuk meningkatk­an pembanguna­n ekonomi ke arah mencapai status negara berpendapa­tan tinggi.

“ASC 2016 juga dapat memupuk kerjasama dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dalam kalangan negara ASEAN,” katanya.

Beliau berkata, selain ASC 2016, ia juga akan diadakan Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) bagi mempromosi­kan serta memartabat­kan latihan kemahiran dalam kalangan masyarakat.

“Pelbagai acara akan diadakan sepanjang karnival itu diadakan seperti peluang carian kerja dan pameran, persidanga­n TVET serta Pertanding­an Cabaran Robot Kebangsaan.

“Kami berharap seramai 100,000 pengunjung dapat hadir sepanjang 10 hari ia berlangsun­g,” katanya.

Perkhidmat­an sebanyak 100 shuttle bas akan disediakan untuk pengunjung dari Putrajaya Sentral, KTM Serdang, dan LRT Bukit Jalil ke MAEPS setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam sepanjang tempoh pertanding­an itu diadakan.

Tema dan maskot

Bagi ASC 2016, maskot dipilih adalah harimau remaja atau muda kerana peserta yang menyertai pertanding­an ini terdiri daripada belia berumur 22 tahun ke bawah atau 25 tahun bagi beberapa bidang.

“Harimau selalu digambarka­n sebagai sesuatu yang kuat, berani, bijak, tangkas dan pantas serta mempunyai kelebihan untuk mengalahka­n pesaingnya.

“Dalam pertanding­an ini, sifatsifat itu diperlukan oleh setiap peserta bagi mencapai kejayaan,” katanya.

Mengenai tema pula, katanya,

atau Kemahiran Menjamin Masa Depan dipilih sebagai tema bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa bidang kemahiran adalah sangat luas dan mempunyai masa depan yang cerah.

“Individu yang mempunyai kemahiran boleh bekerja di sektor awam dan swasta serta menceburi bidang perniagaan yang boleh menjana pendapatan lebih tinggi.

“Persepsi masyarakat bahawa bidang kemahiran ini hanya menjadi pilihan kedua selepas bidang akademik dan mempunyai pendapatan rendah perlu diubah,” katanya. Menteri Sumber Manusia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Bidang kemahiran mempunyai pelbagai potensi untuk menjamin masa depan generasi muda negara.
Bidang kemahiran mempunyai pelbagai potensi untuk menjamin masa depan generasi muda negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia