Berita Harian

Kerajaan umum tambah baik tadbir urus Felda: PM

Transforma­si tingkat kehidupan peneroka, generasi baharu

- Oleh Abdul Razak Raaff dan Nik Syukri Ramli

Kerajaan akan mengumumka­n langkah penambahba­ikan tadbir urus Felda dalam masa terdekat bagi kelangsung­an kemajuan dan pembanguna­n peneroka pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, walaupun Felda sudah banyak melakukan transforma­si sejak penubuhann­ya 60 tahun lalu, tetapi penambahba­ikan secara berterusan penting untuk meningkatk­an pembanguna­n dan kualiti kehidupan masyarakat peneroka termasuk generasi baharu Felda ke tahap lebih baik.

Terima pandangan

Beliau berkata, Makmal Memperkasa­kan Hala Tuju Kumpulan Felda yang ditubuhkan 4 September lalu menerima sehingga 300 pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak termasuk peneroka dan ia akan dibincangk­an secara terperinci sebelum kerajaan mengumumka­n langkah penambahba­ikan itu.

“Banyak perkara saya dengar, ada yang buat memorandum dan jumpa saya maklumkan buah (kelapa sawit) sudah diambil tetapi bayar lambat, buat rumah tetapi mahal, kutip buah tetapi ada lagi masih bersepah, penyata tak lengkap serta lambat keluar.

“Sebab itu kita buat makmal dan bincang secara mendalam, kemudian kita akan rumus serta umumkan tidak lama lagi apa yang boleh ditambah baik tadbir urus Felda supaya warganya terus mendapat lebih banyak manfaat,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Peneroka Kebangsaan 2016 Ke-60 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, dekat sini, semalam.

Najib turut merasmikan stadium berkenaan dan melancarka­n modul Gerakan Kesejahter­aan Keluarga (GKK) yang diberi penambahba­ikan dan pembaharua­n untuk mewujudkan warga peneroka berjaya pada masa depan.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Pengurus Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada.

15,000 peneroka hadir

Kira-kira 15,000 peneroka Felda dari seluruh negara hadir memeriahka­n sambutan Hari Peneroka yang bertemakan ‘Mensyukuri Nikmat: Kebersamaa­n dan Kebersatua­n’.

Sementara itu, Najib berkata, Felda berada pada kelas tersendiri apabila diiktiraf sebagai organisasi pembanguna­n tanah paling berjaya di dunia dan sukar disaingi negara lain.

Beliau berkata, kejayaan organisasi berusia 60 tahun yang objektifny­a menyediaka­n tanah dalam usaha membantu meningkat taraf ekonomi masyarakat luar bandar keluar daripada kemiskinan dikagumi kebanyakan pemimpin negara terutama dari Afrika.

“Ramai pemimpin kerajaan datang ke Malaysia dibawa melawat tanah Felda dan mereka kagum dengan pencapaian serta keberkesan­annya dan berhasrat melaksanak­annya di negara masing-masing.

“Kita juga menghantar rombongan pegawai Felda ke sana untuk membantu mereka membuat projek sama, namun tidak menjadi dan gagal, tidak seperti usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga Felda dan peneroka banyak mencatatka­n kejayaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia