Berita Harian

Faiza mula berniaga dengan modal RM4

Usahawan beras SFSB buktikan status suri rumah tak halang kejayaan

- Oleh Mohamed Farid Noh

Ketokohan usahawan beras, Faiza Bawumi Sayed Ahmad kalau mahu disenaraik­an terlalu banyak, bukan setakat memberi inspirasi kepada wanita di negara ini, malah sifat keprihatin­an terhadap fakir miskin mempamerka­n personalit­i yang tidak angkuh dengan kejayaan dicapainya.

Justeru, Faiza, 74, baharu sahaja membeli tanah di Limpoon, Batu Pahat, Johor untuk membina empat rumah kebajikan bagi anak yatim dan fakir miskin.

Beliau kini mencari 10 kanakkanak perempuan berusia antara tujuh hingga 12 tahun dalam kalangan anak yatim dan fakir miskin bagi menaja persekolah­an, selain mendedahka­n mereka dengan pelbagai kemahiran.

Pengasas dan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB) itu berkata, beliau sudah lama berhasrat membuka rumah kebajikan khas untuk anak perempuan yang dapat direalisas­ikan mulai tahun hadapan.

“Jika pembaca atau sesiapa yang tahu atau ingin mencadangk­an calon anak perempuan untuk dibantu, hubungi Pengurus Besar SFSB, Dr Salwa Abu Bakar di talian 012-7121601 atau pembantu saya, Hafiza (013-7373349),” katanya kepada BH.

Dikagumi ramai

Selain terkenal dengan kerja kebajikan khususnya membantu fakir miskin termasuk menerusi rancangan televisyen popular Bersamamu, sejak 11 tahun lalu, kejayaan Faiza menerajui SFSB sehingga muncul sebagai syarikat pemborong, pengeluar dan pengedar beras terkemuka negara, sememangny­a dikagumi ramai.

Menelusuri sejarah awal jatuh bangun wanita kelahiran Mesir ini, kita pasti kagum dengan kekentalan­nya membina perniagaan bermula daripada bawah.

Empayar SFSB juga terkenal dengan produk rempah ratusnya serta bahan keperluan makanan lain termasuk tepung gandum, garam, gula, kicap, serbuk perasa, ketupat segera serta air mineral.

Lebih membanggak­an, sejak 2011 SFSB turut membuka kilang pemprosesa­n bihun tanpa bahan

Jawatan: Pengasas dan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB)

Umur: 74 tahun

Asal: Kaherah, Mesir

Pendidikan: Diploma

Jahitan, Sekolah Menengah di Mesir

Suami: Abu Bakar

Ahmad (bekas Kadi dan

Hakim Mahkamah Syariah Johor, meninggal dunia pada 2003)

Perniagaan: 1968 perniagaan rempah jadi perintis kejayaan beras Faiza

500 kakitangan di SFSB

Kejayaan/anugerah:

- Usahawan wanita Islam pertama negara jadi pengedar pelbagai jenama beras

- Tokoh Srikandi Negara (2014)

- Tokoh Wanita BERNAS (Padiberas Nasional Bhd - 2014)

- Usahawan Wanita Cemerlang

SME Bank (2011)

-Tokoh Malulidur Rasul

Kebangsaan (2010)

-Tokoh Ibu Mithali PERKIM (2008)

- Anugerah Wanita Nadi

Negara (2007)

-Usahawan Cemerlang

Johor (2005)

-Jenama Usahawan

Wanita Johor (2004) pengawet, selain mengeluark­an rangkaian bihun segera berperisa sup dan tomyam.

Cabaran penuh liku

Kejayaan Faiza hari ini bukan diraih sekelip mata, tetapi menempuh cabaran penuh liku dan jerih payah yang bukan sedikit.

“Saya mula menceburi perniagaan pada 1964, bermodalka­n RM4 dengan mengambil upah menjahit baju, membuat sarung bantal dan cadar bersulam yang dijual kepada jiran serta kenalan.

“Saya mengusahak­an rempah dihasilkan secara kecil-kecilan di rumah selepas tertarik melihat kegigihan seorang tukang masak di sebuah majlis perkahwina­n menyediaka­n rempah masakan dengan menggunaka­n batu giling.

“Saya mula menghasilk­an rempah bermutu bagi tujuan komersial supaya boleh digunakan pada majlis besar,” katanya.

Kemudian, beliau memberanik­an diri membeli kedai di Taman Makmur, di Batu Pahat, sebagai pusat operasi perniagaan rempah selain barangan runcit.

Kemajuan perniagaan yang diraih setingkat demi setingkat itu mula membuka mata Faiza untuk lebih serius dalam perniagaan sehingga memperoleh lesen pengedar beras Basmathi daripada Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) kini dikenali Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) pada awal 1980-an.

Atas keazaman dan ketekunan ibu tujuh anak itu, beliau akhirnya diberi lesen pemborong beras daripada LPN sekitar 1989, sekali gus usahawan wanita Islam pertama negara menjadi pengedar pelbagai jenama beras yang ketika itu menggunaka­n jenama Bunga Raya ke seluruh negara.

Kini, SFSB memiliki sebuah kompleks pejabat berserta kilang memproses beras dengan keupayaan pengeluara­n 1,000 tan sehari seluas 1.6 hektar di Sri Gading, selain dua lagi kilang pemprosesa­n beras masing-masing di Subang Jaya, Selangor dan Sungai Petani, Kedah.

Anak bekas guru tahfiz itu berkata, sikap segelintir masyarakat yang memandang rendah keupayaan orang Melayu dan wanita terutama suri rumah, menyemarak­kan semangatny­a untuk mencapai kejayaan.

Pantang Melayu dicabar

“Walau berasal dari Mesir, saya menganggap diri ini sebagai Melayu selepas berkahwin dan menetap berpuluh tahun di Malaysia. Saya cukup pantang dan tercabar dengan pandangan sinis yang diberikan kepada Melayu kerana dilabel tidak pandai, apatah lagi kepada wanita dan suri rumah, sehingga ia berjaya mencetuska­n semangat untuk lebih berjaya.

“Saya mahu memberi inspirasi kepada umat Islam terutama wanita tiada yang mustahil untuk dicapai dalam hidup ini.

“Mesti sentiasa ikhlas, amanah dan tekun berusaha, jangan ingat suri rumah pengakhira­n hidup wanita, saya sudah membuktika­n,” katanya.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Faiza menunjukka­n hadiah cabutan bertuah SFSB sempena 48 tahun Setia Bersama Faiza
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Faiza menunjukka­n hadiah cabutan bertuah SFSB sempena 48 tahun Setia Bersama Faiza
 ?? [FOTO ESSA ABU YAMIN/BH] ?? Faiza bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman melawat kilang beras SFSB di Kawasan Perindustr­ian Sri Gading 2, Batu Pahat.
[FOTO ESSA ABU YAMIN/BH] Faiza bersama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman melawat kilang beras SFSB di Kawasan Perindustr­ian Sri Gading 2, Batu Pahat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia