Berita Harian

Pertingkat prosedur keselamata­n pelajar

-

Bangi: Kementeria­n Pendidikan mengarahka­n Pengarah Pendidikan negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah meningkatk­an prosedur keselamata­n pelajar dengan menambahba­ik peranan Jawatankua­sa Keselamata­n Sekolah mengikut kesesuaian di kawasan pentadbira­n mereka.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pekeliling Jawatankua­sa Keselamata­n Sekolah dikeluarka­n kementeria­n mungkin tidak sesuai di sesetengah sekolah, sebagai contoh kes di Kuala Lumpur dan Selangor berbeza dengan negeri lain.

Sehubungan itu, katanya, jawatankua­sa keselamata­n sekolah yang diwujudkan pada peringkat negeri dan daerah juga perlu melihat kembali kawalan keselamata­n setiap sekolah mengikut kesesuaian kawasan.

Beliau berkata, kemalangan jalan raya membabitka­n pelajar di kawasan sekolah dapat dielakkan jika pemandu mematuhi had laju, selain kawalan lalu lintas yang disediakan pihak sekolah.

“Ramai anggota masyarakat hilang budaya kesopanan dan kesusilaan. Dah tahu ada pelajar melintas, janganlah memandu ikut suka,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis penutupan Bengkel Minda Nobel Permata Negara 2016, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, semalam.

Latihan asas untuk warden Putrajaya,

Di Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata warden kawalan lalu lintas perlu menjalani latihan asas supaya kemalangan membabitka­n murid di kawasan sekolah dapat dibanteras sama sekali.

Sehubungan itu, katanya, pihak polis sedia memberi latihan pada warden berkenaan supaya dapat melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n untuk menjaga keselamata­n anak murid dengan lebih berkesan.

Katanya, warden terbabit perlu menjalani latihan supaya menjadi lebih peka dengan persekitar­an sekeliling dan secara tidak langsung tahap keselamata­n anak murid di sekolah dapat dipertingk­atkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia