Berita Harian

Gagal kuat kuasa had laju punca utama nahas

-

Kanak kanak dikategori­kan sebagai kumpulan berisiko tinggi di jalan raya kerana apabila mereka menjadi pejalan kaki di jalan raya, mereka sukar dilihat pihak lain kerana badan yang kecil dan kelincahan dan perangai mereka yang suka bermain serta alpa kepada keadaan sekeliling.

Untuk memastikan keselamata­n mereka, situasi berisiko tinggi ini perlu dikawal. Pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk meminimumk­an risiko itu.

Kanak kanak sebagai pejalan kaki adalah paling berisiko di kawasan tempat mereka bermain dan berlegar, termasuk kawasan perumahan, taman permainan dan juga sekitar sekolah. Menurut reka bentuk jalan, semua yang berhampira­n dengan lokasi ini perlu letak had laju sesuai dan selamat, dan 30km/jam sering digunakan sebagai asas had laju.

Walau bagaimanap­un, sering pelaksanaa­n had laju ini tidak berkesan, kerana kebanyakan pengendali kenderaan bermotor tidak ambil peduli.

Had laju hanya efektif sekiranya ada penguat kuasa yang bukan sahaja wujud, tetapi bertindak jika had laju ini di langkau. Ada kalanya, oleh kerana persepsi boleh ditangkap (Perception of Being Caught – POBC) dalam kalangan pengguna jalan raya Malaysia, amat rendah, maka strategi had laju sering kali gagal untuk mengawal risiko di jalan raya.

Merujuk kepada kemalangan di persekitar­an sekolah, aspek ketidakber­kesanan kawalan had laju inilah yang menjadi antara punca utama.

Kedudukan paling berisiko

Sekolah yang mempunyai pintu masuk dan keluar bertemu dengan jalan utama akan meletakkan pelajar pada kedudukan paling berisiko. Ada kalanya, jalan utama ini adalah jalan utama antara bandar yang mempunyai lebih dari dua lorong, dan pastinya dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Lazimnya, perubahan dan peningkata­n risiko untuk sekolah dalam kategori begini berlaku dengan perubahan masa dan keperluan.

Ketika sekolah ini dibina, jalan ini kecil, dan jumlah kenderaan tidak begitu tinggi. Tetapi, apabila peningkata­n penduduk dan perjalanan berlaku, maka keperluan membesarka­n jalan wujud dan untuk menambah kapasiti jalan, maka jalan ini dibesarkan.

Lazimnya, ia dilakukan untuk keperluan kapasiti, tetapi gagal ambil kira implikasi keselamata­n, terutama untuk kawasan sensitif seperti persekitar­an sekolah. Sewajarnya, Audit Keselamata­n Jalan Raya mengenal pasti risiko ini dan melaksanak­an pembinaan sistem redaan jalan untuk mengurangk­an konflik dan implikasin­ya terhadap keselamata­n pelajar.

Akibatnya, kita sering melihat pelajar bermain-main di sepanjang jalan sambil menunggu kenderaan untuk pulang dan pada masa sama, kenderaan ringan dan berat bergerak dalam kepantasan tinggi di jalan ini.

Suasana konflik ini, dengan mudah akan menjemput pertembung­an antara kenderaan laju melanggar pelajar yang alpa, bermain dan tidak sedar risiko yang ada.

Sebenarnya, keupayaan kejurutera­an boleh menyelesai­kan masalah ini, cuma ada kalanya kehendak yang tidak ada serta ditambah dengan kekangan kewangan kerana bilangan sekolah pasti tinggi. Walau bagaimanap­un, jika kita komited terhadap penyelesai­an, maka ia perlu dilakukan.

Kenderaan yang melalui kawasan sekolah perlu dipaksa (melalui kekangan fizikal), memperlaha­nkan kelajuan. Lintasan pejalan kaki, lampu merah dan juga pengawasan manusia juga boleh dibolosi.

Pasang sistem redaan fizikal

Dalam keadaan apabila risiko amat tinggi, maka dicadangka­n sekolah dipasang sistem redaan fizikal yang memang memaksa kenderaan untuk memperlaha­nkan kenderaan. Perancanga­n bajet boleh dilakukan dan tahun hadapan projek pembinaan sistem redaan jalan sesuai boleh mula dilakukan.

Peluang terbaik mengubah trend adalah dengan menukar tabiat terhadap mengurus risiko dan juga pandangan mengenai keselamata­n jalan raya.

Buat masa ini, pendidikan keselamata­n jalan raya dilakukan dalam mata pelajaran bahasa Malaysia, namun ia masih tidak cukup untuk mengubah tabiat anak kita. Sekolah boleh menggunaka­n Kelab Rakan Keselamata­n Jalan Raya yang diusahakan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR).

Bagaimanap­un, aktiviti yang dilakukan mesti berasaskan hasil dan bukan hanya aktiviti berbentuk permainan dan persembaha­n yang tidak jelas matlamat dan hasil yang diingini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia