Berita Harian

Murid Tahun Satu dilanggar meninggal

Bapa dakwa kenderaan rempuh anak mungkin dipandu laju

- Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

Murid perempuan Tahun Satu, Sekolah Kebangsaan (SK) Pegoh, Alor Gajah meninggal dunia, semalam selepas bertarung nyawa lebih 24 jam akibat dilanggar sebuah kereta di depan sekolahnya, kelmarin.

Hani Harizah Hafizal, 7, yang parah di kepala dan patah tangan kiri disahkan meninggal dunia selepas mendapatka­n rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, pada jam 2.55 petang.

Bapa mangsa, Hafizal Md Dahai, 41, berkata ketika kejadian beliau belum tiba di kawasan sekolah berkenaan kerana kebiasaan akan mengambil kedua-dua anaknya pada jam 1.30 tengah hari.

“Saya menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah pada jam 1.15 tengah hari mengatakan anak saya terbabit kemalangan, namun tidak dimaklumka­n keadaannya.

Tidak sedarkan diri

“Saya terus bergegas ke Hospital Alor Gajah dan mendapati Hani Harizah tidak sedarkan diri dan pihak hospital kemudian memindahka­nnya ke Hospital Melaka,” katanya ketika ditemui bersama isteri, Haniza Mat Sarip, 37, semalam.

Beliau mendakwa kejadian itu berlaku mungkin disebabkan pemandu kereta yang merempuh anaknya memandu dengan laju.

BH semalam melaporkan, Hani Harizah parah selepas dilanggar kereta Proton Preve dipandu seorang wanita berusia 52 tahun yang dalam perjalanan dari pekan Alor Gajah ke Kampung Pegoh dalam kejadian pada jam 1 tengah hari.

Berlari masuki jalan raya

Mangsa dikatakan tiba-tiba berlari memasuki ke laluan jalan raya sebelum dirempuh. Bagaimanap­un, pemandu wanita itu tidak cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz, mengesahka­n kejadian itu dan berkata, polis sudah mengambil keterangan pemandu wanita terbabit.

“Kami sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dikemukaka­n kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Jenazah murid itu dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Jelatang, Alor Gajah, malam tadi.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Hani Harizah (kanan) bersama keluargany­a pada sambutan Aidilfitri lalu.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Hani Harizah (kanan) bersama keluargany­a pada sambutan Aidilfitri lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia