Berita Harian

‘Mahu bantu secepat mungkin’

Pelajar diminta hantar maklumat kepada Biro Pendidikan UMNO

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Pelajar Malaysia di Mesir yang berdepan masalah kewangan hingga mengalami tunggakan yuran pengajian, diminta menghantar maklumat kepada Biro Pendidikan UMNO dengan segera untuk pertimbang­an bantuan.

Pengerusin­ya, Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, berkata pihaknya memandang serius masalah dialami pelajar berkenaan dan mahu membantu mereka secepat mungkin.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta pelajar dapat menghantar maklumat lengkap mengenai masalah kewangan dihadapi mereka ke pejabatnya di Jalan Tunku Abdul Rahman.

“Mereka juga boleh menghantar maklumat berkenaan kepada kami menggunaka­n emel menerusi alamat biropendid­ikan.umno@gmail.com.

“Sila nyatakan dengan terperinci di dalam surat itu seperti jumlah yuran tertunggak, berapa lama dan keputusan peperiksaa­n bagi memudahkan kami memilih pelajar yang layak,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Sangat prihatin

Kelmarin Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata parti itu sangat prihatin terhadap nasib 150 pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, farmasi dan pergigian, terutamany­a mereka daripada keluarga tidak berkemampu­an.

“UMNO menerusi Biro Pendidikan dan Kelab UMNO di Mesir, akan mengenal pasti pelajar daripada keluarga yang berpendapa­tan kurang RM4,000 sebulan dan memperoleh prestasi akademik cemerlang untuk diberi bantuan,” katanya.

Dr Ibrahim berkata, pihaknya juga akan meminta bantuan daripada Kementeria­n Pendidikan Tinggi untuk mengenal pasti pelajar bagi mengelakka­n berlaku penipuan daripada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Sementara itu, Pengarah Projek HOPE, Haifa Nasuha Mohd Nazlan, melahirkan penghargaa­n dan berterima kasih atas keprihatin­an UMNO.

Beliau berharap, bantuan itu akan memberi semangat semula kepada pelajar yang ada masalah kewangan untuk belajar lebih gigih, seterusnya membantu keluarga dan masyarakat.

Pada masa sama, beliau berharap UMNO dapat menimbang bantuan kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapa­tan lebih RM4,000 sebulan kerana ada keluarga mempunyai tanggungan besar sehingga lapan anak walaupun gaji sehingga RM6,000.

 ??  ?? Ibrahim Abu Shah, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Keratan akhbar BH semalam.
Ibrahim Abu Shah, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Keratan akhbar BH semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia