Berita Harian

Sultan Nazrin umum penerima Anugerah Merdeka 2016

Empat tokoh beri sumbangan besar dalam bidang diceburi

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, semalam, mengumumka­n empat penerima Anugerah Merdeka 2016.

Mereka ialah ikon industri filem, Tan Sri L Krishnan; bekas Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM), Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

Pakar Perunding Kanan Jabatan Patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Datuk Dr Looi Lai Meng dan Felo Penyelidik Utama Institut Sel Fuel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Wan Ramli Wan Daud.

Terima RM500,000

Setiap pemenang menerima sijil, piala, karya seni dan wang tunai berjumlah RM500,000, serta diberi penghormat­an untuk dicatatkan dalam sejarah negara bersama 34 individu dan dua organisasi yang pernah menerima anugerah berkenaan sebelum ini.

Sultan Nazrin selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka membuat pengumuman itu di Menara Berkembar Petronas, di sini.

Pada majlis itu, baginda turut menyerahka­n Anugerah Geran Merdeka 2015 kepada dua penyelidik muda iaitu Dr Khamarrul Azahari Razak dan Koh Lily.

Anugerah tahunan itu terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 22 hingga 35 tahun untuk membantu mereka membangunk­an kepakaran masing-masing, selain memberi gambaran yang lebih jelas menerusi projek dan program yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa.

Yang turut hadir, Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Seri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Beri pelbagai sumbangan

Krishnan dipilih dalam kategori Pendidikan dan Komuniti berasaskan sumbangann­ya melahirkan beberapa tokoh perfileman tanah air seperti Allahyarha­m Tan Sri P. Ramlee.

Dr Salleh dipilih sebagai penerima kategori Alam Sekitar kerana banyak menyumbang kepada pemulihara­an alam sekitar dan perhutanan di negara ini.

Dr Lai Meng yang menerima anugerah dalam kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi, memberi sumbangan cemerlang dalam penyelidik­an perintis penyakit berbahaya, amyloidosi­s, selain berperanan dalam menggalakk­an bidang patologi di negara ini.

Dr Wan Ramli pula dipilih dalam kategori Pencapaian Akademik kerana sumbangann­ya menjalanka­n penyelidik­an dalam bidang sel bahan bakar, tenaga hidrogen dan teknologi pengeringa­n lestari di negara ini.

Beliau diiktirafk­an sebagai ‘Minda Saintifik Paling Berpengaru­h Di Dunia 2015’ apabila hasil penerbitan penyelidik­annya menjadi antara paling banyak dirujuk.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Sultan Nazrin bersama Dr Khamarrul (kiri) dan Koh selepas majlis penyampaia­n Anugerah Geran Merdeka 2015 di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Sultan Nazrin bersama Dr Khamarrul (kiri) dan Koh selepas majlis penyampaia­n Anugerah Geran Merdeka 2015 di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia