Berita Harian

Bekas pengerusi CIDB terima anugerah

Abdul Rahman dipilih kerana ketokohan dalam industri binaan

- Oleh Rohaniza Idris

Bekas Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Prof Datuk Abdul Rahman Abdullah dipilih menerima Anugerah Tokoh Terkemuka pada majlis Anugerah Kecemerlan­gan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2016, malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Ahmad Zaki Sdn Bhd, menerima anugerah itu kerana ketokohan dalam industri pembinaan sejak bersama CIDB dan meneruskan kewibawaan­nya menerusi beberapa syarikat persendiri­an dan swasta.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya itu menerima anugerah daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Yang turut hadir, Pengerusi CIDB, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Mohd Ali dan Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid.

MCIEA adalah anjuran tahunan CIDB yang menawarkan anugerah untuk enam kategori iaitu Kontraktor Terbaik, Projek Terbaik, Pencapaian Antarabang­sa, Anugerah Khas, Individu Terbaik dan Jurubina Terbaik.

Anugerah CEO diberikan kepada Pengarah Urusan WCT Holdings Bhd, Taing Kim Hwa, manakala Anugerah Tokoh Wanita dianugerah­kan kepada Pengarah Eksekutif, Minconsult Sdn Bhd, Datuk Rosaline Ganendra.

Sementara itu, Abdul Rahman terharu dengan anugerah berkenaan yang juga satu pengiktira­fan kepadanya yang sudah lebih 40 tahun berada dalam industri pembinaan di negara ini.

Iktiraf sumbangan

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada CIDB, tempat yang pernah saya berkhidmat dan mencurahka­n bakti kerana masih mengiktira­f sumbangan walaupun kini tidak berada dalam sektor kerajaan,” katanya.

Rosaline pula menyifatka­n anugerah itu sebagai pengiktira­fan kepada keseluruha­n wanita yang terbabit dalam bidang pembinaan di negara ini.

“Pengiktira­fan saya ini kerana kerajaan memberikan peluang dan ruang kepada wanita untuk terbabit dalam pelbagai bidang pekerjaan tanpa ada diskrimina­si antara wanita dan lelaki,” katanya.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Fadillah bersama penerima anugerah pada malam Anugerah Kecemerlan­gan Industri Pembinaan Malaysia MCIEA 2016 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Fadillah bersama penerima anugerah pada malam Anugerah Kecemerlan­gan Industri Pembinaan Malaysia MCIEA 2016 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia