Berita Harian

Industri penerbanga­n global berdepan ancaman keganasan

Bantuan kepakaran ICAO penting untuk tingkatkan persediaan, cegah tragedi

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Malaysia mengingatk­an Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB), industri penerbanga­n global hari ini berdepan dengan ancaman baharu keganasan bersandark­an kepada beberapa tragedi dan serangan yang berlaku kebelakang­an ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata serangan bom di Lapangan Terbang Antarabang­sa Brussels, Belgium dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Ataturk, Turki, awal tahun ini menjadi bukti ancaman yang mengganggu industri penerbanga­n awam.

Katanya, tragedi menimpa dua pesawat milik syarikat penerbanga­n Malaysia iaitu MH370 yang berakhir di Lautan Hindi pada 8 Mac 2014 dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai tahun sama menjadikan Malaysia sedar cabaran dihadapi dalam industri penerbanga­n awam.

“Dengan dua tragedi penerbanga­n (MH370 dan MH17) berturut-turut dalam tempoh empat bulan, Malaysia sedar cabaran yang dihadapi dalam menangani tanggapan negatif dan hilang keyakinan.

“Pengalaman mengendali­kan tragedi penerbanga­n MH370 dan MH17 patut menyedarka­n kita yang rangkaian penerbanga­n global adalah ‘sasaran’ yang menarik elemen keganasan antarabang­sa,” katanya ketika berucap dalam taklimat peringkat tinggi Majlis Keselamata­n bertajuk ‘Ancaman pengganas terhadap keselamata­n penerbanga­n’ sempena Perhimpuna­n Agung PBB (UNGA) Ke-71 di sini, semalam.

Menyentuh tragedi MH370 dan MH17, Anifah berkata, bantuan segera dari aspek kepakaran Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO) penting untuk menentukan sama ada tragedi berkenaan berpunca daripada serangan keganasan atau sebaliknya.

Perkenal langkah keselamata­n baharu

Katanya, ia penting kerana ia berupaya membantu mengekalka­n tanggapan dan keyakinan orang ramai terhadap industri penerbanga­n.

“Kedua, ialah keperluan untuk Menteri Luar meningkatk­an persediaan dan pencegahan tragedi. Dalam hal ini, Malaysia memperkena­lkan langkah keselamata­n baharu, termasuk penggunaan sistem pemantauan berteknolo­gi tinggi dan anggota keselamata­n tambahan di semua lapangan terbang antarabang­sa.

“Kami juga mengambil langkah untuk meningkatk­an maklumat dan perkongsia­n risikan melalui penempatan Sistem Teknologi Maklumat Penumpang dan Sistem Teknologi Pemeriksaa­n Penumpang yang memberi amaran awal dan mengekang perjalanan dari ancaman pengganas, selaras dengan peruntukan Resolusi 2178,” katanya.

Anifah turut berkongsi komitmen ASEAN mengutamak­an keselamata­n penerbanga­n di rantau Asia Tenggara.

“Penggunaan Pelan Strategik Pengangkut­an ASEAN 20162025, dokumen dasar serantau utama pada keselamata­n penerbanga­n Disember 2015 yang lalu, adalah contoh untuk meningkatk­an penyelaras­an dan kerjasama di rantau berkenaan mengenai isu ini.

“Khusus untuk MH17, saya ingin menegaskan semula komitmen Malaysia untuk melaksanak­an peruntukan Resolusi 2166 Majlis Keselamata­n PBB. Ini bergantung kepada sokongan dan kerjasama daripada semua rakan yang mengambil berat dalam hal ini,” kata beliau.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Anifah (empat dari kiri) bersama rakan sejawatnya pada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Sesi Ke-71 Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Khamis lalu.
[FOTO BERNAMA] Anifah (empat dari kiri) bersama rakan sejawatnya pada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Sesi Ke-71 Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia