Berita Harian

UNESCO sifatkan Malaysia contoh terbaik cegah ekstremism­e

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) memuji Malaysia sebagai contoh dalam kejayaan mencegah ekstremism­e menerusi pendidikan.

Ketua Pengarahny­a, Irina Bokova, berkata di bawah kepemimpin­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap keganasan melalui keterangku­man dan pendidikan, yang dianggap langkah pencegahan jangka panjang paling berkesan untuk mengatasi ekstremism­e.

Katanya, Malaysia kini menjadi peneraju di Asia Tenggara dalam memupuk pendidikan inklusif dan saksama sebagai asas bagi pertumbuha­n hijau yang mampan.

“Dengan tumpuan menyeluruh sejak awal kanak-kanak hingga ke peringkat universiti, Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang turut menerima sentuhan nasihat daripada UNESCO adalah satu contoh terbaik kepada semua negara.

Dapat kepercayaa­n UNESCO

“Ia merangkumi tumpuan terhadap ekuiti dan kualiti, serta kecekapan dan kemahiran yang diperlukan untuk hidup bersama-sama atas dasar menghormat­i dan persefaham­an,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web pertubuhan itu, semalam.

Bokova berkata, Malaysia juga adalah bukti bahawa ia sebuah negara yang menghormat­i kepelbagai­an dan mendapat kepercayaa­n daripada UNESCO untuk menganjurk­an pelbagai program.

Katanya, ia dapat dilihat menerusi pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Pusat Komunikasi Pesanan-balas Serantau, yang sejajar dengan seruan Perdana Menteri melalui Gerakan Kesederhan­aan Global menentang Keganasan.

“Malaysia kini bersama-sama Indonesia sedang bertindak untuk menggalakk­an perbincang­an di seluruh negara mengenai pengajaran agama bagi menggalakk­an sifat toleransi, hormat dan persefaham­an bersama.

“Semangat untuk berdialog dan keterbukaa­n ini selari dengan semua tindakan UNESCO dalam usaha mempromosi­kan keamanan dan meningkatk­an martabat manusia menerusi kuasa pendidikan, budaya dan sains,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia