Berita Harian

Siswa mangsa skim cepat kaya diminta buat laporan polis

-

Kuala Lumpur: Polis meminta pelajar universiti yang menjadi mangsa sindiket skim cepat kaya yang berselindu­ng di sebalik penganjura­n seminar keusahawan­an dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) supaya membuat laporan rasmi untuk memudahkan siasatan lanjut.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid, berkata siasatan membabitka­n kes itu rumit jika polis tidak memperoleh maklumat sebenar daripada mangsa yang terlibat.

Beliau berkata, siasatan kes itu bergantung kepada bagaimana penipuan dilakukan serta sejauh mana mangsa sudah ditipu.

“Jika mangsa tidak mendapat pulangan langsung hasil pelaburan yang dilakukan, biasanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan kerana menipu. Namun jika ada yang memperoleh pulangan atau keuntungan, tindakan boleh diambil mengikut kes sivil.

Dalang lancar serangan siber

“Dalang syarikat yang mendalangi penipuan ini adalah mereka yang licik dan bijak melancar serangan sibergeksp­loitasi undang-undang untuk memperdaya­kan mangsa. Berikutan itu, polis memerlukan seberapa mungkin maklumat daripada mangsa untuk siasatan lanjut,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas laporan BH sebelum ini mengenai sindiket skim cepat kaya yang berselindu­ng di sebalik MLM yang menyasarka­n ramai pelajar universiti.

Roslan berkata, pelajar universiti yang terjebak tidak perlu takut membuat laporan polis kerana status dan butir peribadi mereka dirahsiaka­n.

Dalam perkembang­an itu, Roslan berkata, pelajar universiti yang menjadi mangsa juga boleh membuat laporan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) kerana agensi kerajaan itu bertanggun­gjawab memberikan lesen kepada perniagaan yang menjalanka­n MLM.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia