Berita Harian

‘Mukhriz cakap tak serupa bikin’

Hishammudd­in bidas cadangan PPBM, anggap tidak konsisten

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein membidas cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengehadka­n tempoh menyandang jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja jika parti serpihan itu berjaya menguasai kerajaan.

Bagi Hishammudd­in, cadangan itu yang dikemukaka­n Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bagai ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila mahu mengehadka­n tempoh berkenaan hanya kepada dua penggal atau tidak lebih dari 10 tahun.

“Jika beliau (Mukhriz) benar-benar ikhlas, cadangan itu sepatutnya dikemukaka­n ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, bukannya sekarang ketika ayahnya sudah tidak lagi memimpin negara.

Rakyat menilai

“Apabila ayahnya sudah berundur, pelbagai cadangan beliau berikan. Matlamat tidak menghalalk­an cara. Beliau perlu konsisten menentukan pendiriann­ya kerana rakyat menilai setiap apa diucapkann­ya.

“Jika beliau ‘cakap tidak serupa bikin’ dan tidak konsisten dengan apa yang berlaku sebelum ini, siapa yang akan ambil serius,” katanya mengulas kenyataan Mukhriz pada satu majlis dihadiriny­a di Shah Alam kelmarin, bahawa parti berkenaan mahu mengehadka­n tempoh menyandang jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bagaimanap­un, Mukhriz mempertaha­nkan tempoh 22 tahun era kepemimpin­an bapanya sebelum ini, malah menganggap ia menepati keadaan negara ketika itu.

Terdahulu, Hishammudd­in ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Bintara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pangkalan Udara Kuching, di sini, semalam, memberi jaminan tahap keselamata­n negara tidak terjejas, walaupun berlaku penguranga­n dalam Bajet 2017 akibat kekangan ekonomi.

Kecekapan ATM diyakini

Malah, beliau yang juga Menteri Pertahanan cukup yakin dengan kecekapan ATM melindungi keselamata­n dan kedaulatan negara.

“Sebenarnya, tindakan proaktif ini tidak hanya perlu dilihat dalam konteks bajet semata-mata. Contohnya, kita boleh bekerjasam­a dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan termasuk PETRONAS bagi mengawal keselamata­n luar pesisir, sama seperti dilaksanak­an di perairan Sabah.

“Jika kita mampu berfikir di luar kotak, kita boleh menggunaka­n pendekatan lebih cekap dan menyeluruh melalui pelbagai program kerjasama dengan agensi berkaitan,” katanya. 139 unit RKAT di Kem Sri, Miri

Pembinaan Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera di Kem Penrissen, Kuching bernilai RM35 juta bermula Januari 2017

 ??  ?? Hishammudd­in ketika membuat kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Kuching, semalam.
Hishammudd­in ketika membuat kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Kuching, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia