Berita Harian

Anwar sering rujuk Dr Mahathir mamak tak boleh pakai: Saksi

Kritik PM ketika itu pada penghujung 1998 sebelum dipecat

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim berubah dan mula mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad pada penghujung 1998, beberapa bulan sebelum beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng di Negeri Sembilan, Datuk Ishak Ismail, 65, dalam keterangan­nya, berkata Anwar tidak mengkritik Dr Mahathir di khalayak ramai malah membela bekas Perdana Menteri itu, namun berbeza apabila beliau berada dalam kalangan rakan rapat dan rakan politik.

Ishak berkata, Anwar akan mengkritik Dr Mahathir berkaitan isu dasar kerajaan hingga isu bangsa.

“Dia (Anwar) selalu merujuk kepada Mahathir sebagai ‘mamak tak boleh percaya’, ‘untrustwor­hy mamak’. Perkataan mamak pada masa dahulu adalah rujukan kesat dan menghina.

“Saya ingat semasa bersama Anwar dalam pejabatnya di Kementeria­n Kewangan sekitar awal 1998 bersama beberapa orang dan topik Mahathir dibangkitk­an.

Sentimen kebencian sekitar Perhimpuna­n Agung 1998

“Sesuatu yang Anwar kata mendapat perhatian saya, dia kata ‘ini mamak tak boleh pakai’, merujuk kepada Mahathir,

“Nama timangan Anwar letak untuk Mahathir dulu adalah mamak. Setiap orang rapat dengan Anwar tahu pasal ini,” katanya sambil menambah, sentimen Anwar terhadap Dr Mahathir berubah menjadi permusuhan dan kebencian, terutama sekitar Perhimpuna­n Agung UMNO 1998 dan selepas itu.

Anwar galak kritik

Mendedahka­n demikian dalam perbicaraa­n kes saman fitnah dikemukaka­n Anwar terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ishak berkata, pada saat akhir sebelum pemecatann­ya, Anwar menggalakk­an kritikan terhadap Dr Mahathir.

Ishak berkata, setiap kali beliau kelihatan seperti mengkritik Dr Mahathir, Anwar akan menggalakk­an kritikan itu dan pernah ‘menawarkan peluru’ (idea) untuk digunakan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan, namun beliau tidak pernah menggunaka­nnya kerana setia kepada parti dan pucuk pimpinan.

“Saya pernah nampak dia (Anwar) bercakap mengenai sentimen berbeza di khalayak ramai dengan percakapan dia secara peribadi.

“Di khalayak ramai, semua yang disebut adalah janji untuk Mahathir, tetapi secara peribadi ia adalah racun untuk menentang beliau (Mahathir).

Anwar beri gambaran jadi Perdana Menteri

“Sekitar lewat 1997 atau 1998, Anwar beritahu saya bahawa perniagaan saya akan jadi sangat bagus jika beliau (Anwar) jadi Perdana Menteri kerana Mahathir hanya (menjaga) untuk dirinya, keluarga dan kroni. Saya rasa Anwar cuba menangi sokongan saya.

“Kedudukan saya sebagai ADUN dan Ketua UMNO Bahagian Seremban (ketika itu) penting untuk sokongan akar umbi dan pimpinan akar umbi, yang pada satu tahap boleh mempengaru­hi kepemimpin­an parti peringkat Pusat,” katanya.

Perbicaraa­n di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Azizul Azmi Adnan bersambung 13 Oktober ini.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Anwar tiba pada perbicaraa­n semalam. di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur,
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Anwar tiba pada perbicaraa­n semalam. di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur,
 ??  ?? Ishak Ismail
Ishak Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia