Berita Harian

Pemandu lori mengaku salah miliki senjata api, bom tangan

Tertuduh turut hadapi lima dakwaan sokong Daesh

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Farah Marshita Abdul Patah

Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di sini semalam, masing-masing atas lima pertuduhan berkaitan sokongan kepada kumpulan militan Daesh selain tiga tuduhan memiliki senjata api dan bom tangan.

Syed Amir Asyraf Syed Hamdan, 20, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Merab Luar, Bandar Baru Bangi di sini. Semua pertuduhan di Mahkamah Majistret dibuat mengikut Kanun Keseksaan (KK), namun tiada pengakuan direkodkan.

Dia dituduh memberi sokongan kepada Daesh menggunaka­n aplikasi media sosial Facebook atas nama Abu Syed Malizi antara 6 Mac hingga 27 Ogos lalu, selain melalui aplikasi Telegram atas nama sama, menerima arahan Muhammad Wanndy Mohamed Jedi untuk melakukan perbuatan pengganas menggunaka­n sebutir bom tangan, sepucuk pistol dan 24 butir peluru antara 16 hingga 27 Ogos.

Galakkan keahlian

Lelaki itu turut dituduh menggalakk­an keahlian dalam kumpulan pengganas melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook, masing-masing atas nama sama antara 6 Mac hingga 27 Ogos lalu, selain memiliki gambar, video berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan kumpulan pengganas Daesh pada jam 1.27 tengah hari 27 Ogos.

Bagi pertuduhan kelima, dia dituduh berniat melakukan perbuatan pengganas dengan membabitka­n diri untuk melakukan serangan melalui perbualan dalam aplikasi Wechat atas nama Abu Syed Malizi dan Wechat ID abu430 sebagai persediaan ke arah itu antara 9 Januari hingga 27 Ogos.

Timbalan Pendakwa Raya, Ching Heng Kher memohon kes dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Majistret Sharifah Muhaymin Abd Khalib menetapkan 26 Oktober untuk sebutan kes.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen, tertuduh mengaku salah terhadap tiga pertuduhan, iaitu memiliki sebutir bom tangan dan sepucuk pistol mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) akta sama kerana memiliki 24 butir peluru hidup.

Seksyen 8 memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sehingga enam sebatan, manakala Seksyen 8 (a) memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau keduaduany­a. Hakim Harith Sham Mohamed Yasin menetapkan 21 Oktober ini untuk hukuman.

Di juruteknik

Kuala Lumpur,

pendingin hawa, Ahmad Faris Zulkefli, 20, didakwa di Mahkamah Majistret atas dua tuduhan menggalakk­an perbuatan pengganas dan memiliki barang berkaitan kumpulan Daesh di antara Jun dan Ogos lalu, namun tiada pengakuan direkodkan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Dia yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 130G(a) KK, menggalakk­an perbuatan pengganas melalui aplikasi Wechat atas nama Pak Kodi dan Wechat ID mujahiddin­33 di sebuah rumah di Kelumpuk Teratai 16, Jalan 5/56 AU3, Keramat antara 9 Jundan30ju­lailalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(A) kanun sama kerana memiliki sehelai baju berwarna hitam bertulisan Jawi dan gambar dalam ipad mini yang ada kaitan dengan kumpulan Daesh di tempat sama pada jam 10.45 pagi, 29 Ogos lalu. Mahkamah menetapkan 28 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

 ??  ??
 ??  ?? Syed Amir Asyraf dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang, semalam.
Syed Amir Asyraf dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia