Berita Harian

Wanita direman sebar berita palsu kes culik

-

Johor Bahru: Seorang pegawai Teknologi Maklumat (IT) berusia 32 tahun ditahan reman tiga hari kerana menyebarka­n berita palsu kononnya mayat dua kanak-kanak mangsa culik ditemui di tepi sungai di negeri ini dengan organ dalamannya sudah dikeluarka­n.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Azean Sohaini semalam bagi membolehka­n polis menjalanka­n siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan.

Suspek yang menyebarka­n berita palsu itu Rabu lalu menerusi akaun Facebook di bawah nama Wan Ayuni, ditahan di kediamanny­a di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Selangor pada jam 6.30 petang kelmarin mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek memuat naik berita itu dengan niat untuk dilihat dan dibaca orang ramai, kononnya ada dua mayat kanak-kanak mangsa culik ditemui di tepi sungai di Johor dan organ dalaman mereka diambil.

“Bagaimanap­un, saya mengesahka­n tiada kejadian berlaku di Johor,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Direman tiga hari

Di mahkamah sama, seorang penganggur berusia 32 tahun yang ditahan di Pulau Pinang kelmarin, direman tiga hari sehingga esok kerana didakwa menghina institusi Kesultanan Johor menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri menerima laporan berhubung kenyataan dibuat menerusi akaun Zuwairi Md Yusof itu sebelum maklumat disalur kepada JSJK Pulau Pinang.

“Polis turut merampas peranti berkaitan yang disyaki digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia