Berita Harian

Imigresen gempur pusat pelacuran 24 jam

-

Kuala Lumpur: Taktik 47 wanita asing dipercayai pelacur yang menggunaka­n pelbagai cara untuk bersembuny­i ketika serbuan Jabatan Imigresen ke premis pelacuran di Jalan Petaling di sini awal pagi semalam, gagal mengelakka­n mereka daripada ditahan.

Gerakan kira-kira tiga jam bermula 1 pagi itu disertai pegawai Imigresen Kuala Lumpur yang terpaksa mendapatka­n bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memecah masuk lima unit ‘rumah merah’ atau pusat pelacuran yang beroperasi 24 jam di situ.

Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Sharulniza­m Ismail, berkata wanita warga asing terbabit sanggup bersembuny­i di atas siling kedai dua tingkat selama lebih sejam, berbaring di bawah katil atau longgokan sampah, malah ada yang sanggup bersembuny­i dalam kotak kosong.

“Mereka sanggup menggadai nyawa bersembuny­i di atas siling yang tidak kukuh semata-mata untuk mengelak ditahan. Pada mulanya, keadaan dalam premis itu seolah-olah tiada penghuni, namun kami tahu mereka bersembuny­i kerana masih terasa udara sejuk pendingin hawa,” katanya.

Katanya, pemantauan dan risikan pihaknya sejak seminggu lalu mendapati lima premis yang diserbu itu beroperasi 24 jam sehari dan jika ada serbuan oleh pihak berkuasa, pintu belakang akan diguna untuk melarikan diri.

Pernah diserbu

“Lokasi sama pernah diserbu awal bulan ini, namun penjaganya dan wanita warga asing masih meneruskan aktiviti tidak bermoral di sini. Wanita asing yang ditahan membabitka­n 39 warga Indonesia dan lapan warga India yang masuk ke negara ini sebagai pelancong,” katanya.

Difahamkan, wanita terbabit mampu memperoleh antara RM200 hingga RM300 sehari hasil khidmat seks yang mengenakan bayaran RM40 untuk tempoh 15 minit. Yang turut ditahan, 10 lelaki dari Bangladesh, Indonesia, Sri Lanka dan India dipercayai pelanggan, selain tiga rakyat tempatan dipercayai penjaga atau ‘bapa ayam’.

Semua disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen kerana menyalahgu­nakan pas lawatan sosial, Seksyen 56(1)(d) kerana melindungi pendatang asing tanpa izin dan Seksyen 6(1)(c) akta sama atas kesalahan tiada dokumen perjalanan sah.

 ??  ?? Pelacur warga asing yang cuba bersembuny­i ketika serbuan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di premis pelacuran yang beroperasi 24 jam di Jalan Petaling, awal pagi semalam.
Pelacur warga asing yang cuba bersembuny­i ketika serbuan Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di premis pelacuran yang beroperasi 24 jam di Jalan Petaling, awal pagi semalam.
 ??  ??
 ??  ?? Laporan BH semalam mengenai pelajar dilarikan.
Laporan BH semalam mengenai pelajar dilarikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia