Berita Harian

Felcra, MARA bangunkan usahawan generasi kedua

Menerusi MOU kedua-dua agensi akan membangunk­an modal insan, perniagaan strategik

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Felcra Bhd (Felcra) memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) semalam, bagi membangunk­an lebih ramai usahawan dalam kalangan generasi kedua agensi berkenaan.

MOU ditandatan­gani Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Zulkarnain Md Eusope dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, sempena Prapelanca­ran Sambutan 50 tahun Felcra yang diadakan di Sri Pentas di sini, semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menyaksika­n pemeteraia­n MOU itu berkata, menerusiny­a MARA akan memperuntu­kkan pinjaman kepada peserta Felcra bagi memudahkan mereka menjadi usahawan.

Lebih 1,600 usahawan dilahir

“Felcra sudah melahirkan lebih 1,600 usahawan dan melalui kerjasama dengan MARA, kita yakin lebih ramai usahawan dapat dilahirkan kerana MARA mempunyai sumber mencukupi.

“Kita belum menetapkan peruntukan kerana hanya menjalin persefaham­an pada peringkat ini. Kedua-dua agensi akan berbincang mengenai sasaran Felcra, selain mengenal pasti bilangan usahawan ingin dilahirkan.

“Pembanguna­n keusahawan­an adalah antara tiga bidang utama diberi tumpuan dalam kolaborasi ini selain pembanguna­n modal insan dan perniagaan strategik,” katanya pada sidang media selepas prapelanca­ran itu.

200 sertai Konvoi Kembara Media

Yang turut hadir, Pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut melepaskan konvoi Kembara Media sempena 50 tahun Felcra membabitka­n 200 peserta yang menaiki 50 kereta menjelajah ke kawasan Felcra.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pembanguna­n modal insan meliputi aspek pendidikan kepada peserta Felcra dan anak mereka sama ada melanjutka­n pelajaran ke peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Katanya, mungkin melalui kerjasama itu, Felcra memperoleh dana yang cukup untuk mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Felcra.

250,000 hektar diusahakan

Mengenai sambutan 50 tahun itu, Ismail Sabri berkata, sejak penubuhann­ya pada tahun 1966, bermula dengan hanya empat projek seluas 1,700 hektar membabitka­n 547 peserta, kini Felcra sudah membangunk­an lebih 250,000 hektar tanah melalui 110,000 peserta.

“Sebelum agensi ini dikorporat­kan, jumlah keuntungan terkumpul hasil ladang yang dibayar kepada peserta sejumlah RM468 juta.

“Namun, selepas dikorporat­kan sejak 1997 sehingga 2015, jumlah berkenaan meningkat kepada RM5.76 bilion,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Ismail Sabri (belakang, tiga dari kiri) dan Bung Moktar menyaksika­n pertukaran memorandum persefaham­an antara Zulkarnain (dua dari kiri) dan Ibrahim pada majlis Prapelanca­ran Sambutan 50 tahun Felcra dan pelepasan Konvoi Kembara Media sempena 50 tahun...
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Ismail Sabri (belakang, tiga dari kiri) dan Bung Moktar menyaksika­n pertukaran memorandum persefaham­an antara Zulkarnain (dua dari kiri) dan Ibrahim pada majlis Prapelanca­ran Sambutan 50 tahun Felcra dan pelepasan Konvoi Kembara Media sempena 50 tahun...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia