Berita Harian

RM20J bantu lahir 600 usahawan Orang Asli

-

Seremban: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, menetapkan sasaran melahirkan 600 usahawan Orang Asli dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) yang bermula tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebanyak RM20 juta diperuntuk­kan bagi mencapai sasaran itu sebagai strategi menaik taraf kehidupan masyarakat Orang Asli yang tinggal di lebih 800 kampung di seluruh Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, seramai 48 usahawan Orang Asli dalam pelbagai bidang berjaya dilahirkan sejak Januari lalu dengan kebanyakan­nya dalam bidang perkhidmat­an.

“Bukan mudah untuk melahirkan usahawan dalam kalangan Orang Asli, tetapi inilah dilakukan kementeria­n melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

RM4 juta diguna tahun ini

“Tahun ini, kita membelanja­kan kira-kira RM4 juta untuk membina premis perniagaan, bantuan peralatan perniagaan serta mengadakan kursus dan seminar keusahawan,” katanya ketika merasmikan Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) di sini, semalam.

Seramai 37 usahawan dan tiga koperasi Orang Asli menyertai karnival berkenaan yang diadakan di pusat beli-belah Seremban Prima selama empat hari bermula kelmarin.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaik­an anugerah Usahawan Jaya Orang Asli 2016 kepada pengusaha kraf tangan dari Rembau, Helmi Naim Ahmad, manakala Koperasi Daya Asli Johor Bhd, dipilih menerima anugerah Koperasi Jaya Orang Asli 2016.

Beliau juga berharap penganjura­n KUOA dengan sasaran jualan kira-kira RM120,000 dapat mewujudkan rangkaian perniagaan bukan saja dalam kalangan usahawan Orang Asli, malah dengan pasar raya besar bagi membolehka­n produk mereka dapat dipasarkan dengan meluas.

Katanya, usahawan Orang Asli turut menerima bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Tabung Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun), Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia