Berita Harian

Jadikan sekolah sebagai ladang pahala

-

Islam mendidik kita menjaga akidah, ibadah dan akhlak. Lazimnya, jika ibadah khusus kita baik, akhlak juga akan baik. Untuk menilai tahap tawaduk dan ketakwaan seseorang dalam ibadah, contohnya solat, lihat perangai kita selepas solat.

Jika di luar solat kita tidak dapat menunjukka­n akhlak yang baik, bermakna hati kita masih kotor. Allah SWT berfirman yang bermaksud: khususnya mereka yang bergelar atau berjawatan profesiona­l.

Panah syaitan

Dalam media sosial, banyak didedahkan mengenai tingkah laku buruk guru terhadap murid atau pelajarnya. Terbaru, kisah pelajar di sekolah tahfiz dikatakan cedera di belakang tubuh dan kepala akibat dibelasah guru dengan getah paip.

Kes itu bukanlah kejadian pertama kerana dikatakan sebelum itu di sekolah sama, seorang pelajar cedera hingga patah bahunya kerana dibelasah dengan kayu oleh guru tahfiznya. Apa pun kesalahan pelajar, adakah wajar mereka menerima hukuman sezalim itu?

Apatah lagi hukuman dilakukan oleh seorang guru tahfiz yang menghafal 30 juzuk al-quran, yang sepatutnya tinggi nilai kesabarann­ya serta mampu mengawal kemarahann­ya.

Ciri-ciri orang yang tinggi ego ialah suka marah, baran dan tidak boleh kawal perasaan marahnya. Kata Imam Syafie, “Marah adalah antara panah syaitan yang mengandung­i racun. Oleh itu hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Sifat pemarah itu datangnya daripada perasaan sombong dan ego. Lagi tinggi kesombonga­n dan keegoan kita, akan tinggilah tahap kemarahan. Jadikan kasih sayang sebagai tonggak kebahagiaa­n rumah tangga, keluarga dan masyarakat serta jauhi kebencian.

Guru diamanah mendidik

Bayangkan kasih sayang ini sebagai satu wangian atau air bersih yang mengalir dalam kehidupan yang menyamanka­n suasana. Apabila ada kebencian, bermakna sudah ada air keladak yang mencemari kehidupan kita.

Guru ialah orang yang memberikan atau menyampaik­an ilmu, secara formal di sekolah. Jika terdidik guru akan terdidikla­h negara kerana anak kita banyak masanya berada dalam pengawasan guru, terutama bagi anak bersekolah asrama.

Ibu bapa mengamanah­kan guru mendidik dan mengajar anak mereka. Hakikatnya, semua guru berjaya melaksanak­an tugas mengajar, tetapi tidak semua guru berjaya mendidik pelajarnya. Mengajar hanya setakat membabitka­n akal, tetapi mendidik membabitka­n sahsiah, emosi rohani, cara guru bercakap dan berinterak­si dengan pelajar.

Yang kuat dalam diri manusia itu ialah rohaninya. Keintelekt­ualan mengajar mereka untuk faham sahaja, bukan menanamkan pada roh dan jiwa mereka suka kepada ilmu yang dipelajari. Sebab itu guru perlu melahirkan pelajar yang mampu memanfaatk­an ilmu untuk dunia serta akhirat.

Ikhlas mengajar

Sayangilah pelajar dan pandang mereka dengan kasih sayang, macam anak sendiri. Guru juga bermula dari tidak pandai dan nakal suatu masa dahulu. Apabila kita menjadi guru, bayangkan ketika kita bersekolah dahulu, macam mana kita hendak cikgu melayan kita.

Begitulah kita perlu melayan pelajar, mesti ada perasaan empati iaitu letakkan perasaan kita dalam perasaan orang, barulah kita boleh bekerja dengan jiwa.

Jika guru berkasar dengan pelajar, macam manalah pelajar hendak berlembut dengan guru. Budaya memberi dan menerima mesti ada, kita baik dengan pelajar di sekolah, mereka juga akan baik dengan kita.

Atas keredaan Allah SWT kerana kita ikhlas mengajar, anak kita di rumah pun selamat, dijaga Allah daripada musibah. Jadikanlah sekolah itu ladang pahala dan pasanglah niat menjadi guru ikhlas untuk memberi manfaat dan mendapat reda Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia