Berita Harian

Jarak bulan, cuaca faktor utama air pasang besar

-

Antara sistem ramalan yang paling tepat di seluruh dunia adalah ramalan pasang surut air laut. Tetapi persoalann­ya, mengapa kejadian air pasang besar baru-baru ini tidak dijangka kejadianny­a?

Fenomena ini menjadi buah mulut ramai sejak beberapa hari yang lalu. Negara dikejutkan dengan fenomena yang jarang dilihat apabila air laut melimpahi kawasan pantai, mengakibat­kan beberapa bandar pesisir pantai di Selangor, Perak dan Kedah ditenggela­mi air sehingga ada penduduk menyangka ianya kesan akibat tsunami.

Kejadian air pasang besar adalah fenomena normal yang dipengaruh­i oleh daya graviti matahari dan bulan yang menjadi penentu utama kepada proses pasang surut air laut. Air pasang besar berlaku dua kali setiap bulan apabila posisi bumi selari dengan matahari dan bulan yang kebiasaann­ya bertepatan dengan tarikh 1 dan 15 haribulan dalam kalendar bulan Islam.

Apa yang berlaku beberapa hari lalu sedikit berbeza kerana air pasang besar mengalami peningkata­n yang ekstrem dan lebih tinggi dari normal. Peningkata­n paras air pasang besar kali ini berlaku akibat tarikan graviti bulan yang tinggi kerana pada masa ini bulan berada pada posisi yang paling hampir dengan bumi.

Pada masa tertentu di dalam tempoh setiap tahun, posisi bulan dan bumi akan berada pada jarak paling hampir. Jika kita melihat bulan mengambang dalam tempoh beberapa hari ini kita akan dapati saiznya sedikit besar dari apa yang biasa kita lihat.

Yang menariknya, biarpun air pasang besar dan tarikan graviti bulan ini sesuatu yang biasa berlaku, mengapa kali ini ia mengakibat­kan banjir yang luar biasa?

Angin kuat, hujan lebat

Ada beberapa faktor lain yang menyebabka­n ianya menjadi buruk. Angin kuat dan hujan lebat ketika kejadian mengakibat­kan ketinggian ombak meningkat dan pada masa yang sama paras air sungai melimpah akibat hujan yang berlaku. Apabila air sungai semakin tinggi dan keadaan laut bergelora, maka air pasang tinggi melebihi paras biasa, air mula melimpah lalu mengakibat­kan banjir kilat.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah dirasai hampir di seluruh dunia. Beberapa bandar di Vietnam, Indonesia sehinggala­h Amerika Syarikat (AS) juga terkesan akibat air pasang besar ini. Keadaan angin kuat dan cuaca buruk yang menyebabka­n hujan lebat di negara berkenaan semasa kejadian air pasang itu menyebabka­n air melimpah serta mengakibat­kan banjir kilat, sama seperti apa yang kita alami.

Menurut laporan terkini, saintis menjangkak­an kejadian seperti ini mungkin akan berlaku lebih kerap pada masa akan datang. Statistik terkini melaporkan negara seperti AS mengalami kejadian banjir air pasang besar ini semakin kerap sejak 10 tahun kebelakang­an ini. Keadaan cuaca dunia yang semakin tidak menentu adalah penyumbang utama kepada kekerapan kejadian seumpamany­a untuk berlaku.

Memandangk­an air pasang surut ini sesuatu yang mudah diramal, orang ramai dinasihati untuk lebih peka pada masa akan datang, terutama terhadap cuaca persekitar­an semasa tarikh fasa anak bulan dan bulan mengambang.

Pada waktu inilah paras air pasang mencapai tahap maksimum. Sekurang-kurangnya persediaan awal mampu untuk mengelakka­n sebarang kemalangan yang tidak diingini.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ombak tinggi menghempas tebing berhampira­n kedai makanan di Pantai Bersih, Bagan Ajam disebabkan oleh fenomena air pasang besar.
[FOTO BERNAMA] Ombak tinggi menghempas tebing berhampira­n kedai makanan di Pantai Bersih, Bagan Ajam disebabkan oleh fenomena air pasang besar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia