Berita Harian

Contohi ketabahan atlet paralimpik harumkan nama negara

-

kepada Sukan Paralimpik Rio, Brazil 2016, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan tahniah di atas prestasi dan pencapaian luar biasa atlet paralimpik negara.

Kejayaan mereka juga membuka mata kita terhadap perlunya kita lebih menghormat­i dan menyantuni golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Susulan daripada kenyataan ini, ABIM menggesa semua pihak supaya lebih prihatin dan cakna terhadap kepentinga­n golongan itu dengan memberi perhatian terhadap hak asasi OKU secara sewajarnya.

Dasar negara harus beralih daripada isu kebajikan OKU sematamata, kepada usaha melindungi hak asasi dan pemberdaya­an (empowermen­t) mereka dalam semua bidang.

Sheikh Wahbah al-zuhayli pernah menukilkan bahawa ‘al-karamah al-insaniah’ atau prinsip menghormat­i martabat keinsanan dan maruah manusia adalah sumber hak asasi.

Perkara berkenaan merangkumi hak asasi golongan OKU yang menjalani kehidupan dengan penuh ujian di dunia ini tetapi hakikatnya adalah golongan yang sangat istimewa dan tabah.

Oleh itu, keputusan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) untuk memberikan imbuhan setimpal kepada pemenang pingat di temasya paralimpik, seperti yang diterima oleh atlet Olimpik adalah tindakan tepat dan dialu-alukan semua pihak.

ABIM ucapkan tahniah

Atas kejayaan yang diraih itu, ABIM mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapka­n setinggiti­nggi tahniah dan terima kasih, termasuk kepada ibu bapa OKU serta warga guru pendidikan khas, yang tidak pernah kenal erti putus asa.

Ridzuan Puzi (Cerebral Palsy gangguan saraf dan otak); Ziyad Zolkefli dan Siti Noor Radiah (Masalah Pembelajar­an), Latif Romly (Kelainan Upaya Intelektua­l) membuktika­n bahawa usaha keras, disiplin serta kesungguha­n adalah kunci kepada kecemerlan­gan sejati.

Terdahulu, atlet senior seperti P. Mariappan, Sioe Lee Chan, Cheok Kon Fatt dan Hasihin Sanawi (sekadar menyebut beberapa nama) turut berjuang mengharumk­an nama negara. Dengan segala kekurangan, mereka mencurahka­n segalanya, buat Malaysia tercinta.

Akhir sekali, ABIM mengambil kesempatan ini turut menyaranka­n supaya rakyat Malaysia menjadikan sukan sebagai antara agenda pemersatu yang dapat menyemai perpaduan penduduk berbilang kaum dan agama, disulami semangat kesukanan yang harmoni, bebas daripada unsur hooliganis­me. Majulah sukan untuk negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia