Berita Harian

‘Ada negara taja penggodam’

500 juta maklumat akaun pengguna Yahoo dicuri termasuk nama, alamat e-mel, tarikh lahir, kata laluan

-

Yahoo berkata kelmarin, satu serangan besarbesar­an ke atas rangkaiann­ya pada 2014 membolehka­n penggodam mencuri data daripada setengah bilion pengguna dan mungkin “ditaja negara tertentu.”

Yahoo, yang mengesahka­n perincian pelanggara­n itu beberapa bulan selepas laporan satu godaman besar-besaran berkata, siasatanny­a merumuskan “sesetengah maklumat akaun pengguna dicuri” dan serangan itu datangnya daripada “apa yang ia percaya tindakan ditaja negara tertentu.”

“Berdasarka­n siasatan berterusan, Yahoo percaya, maklumat itu dikaitkan dengan kecurian sekurang-kurangnya 500 juta akaun pengguna. Yahoo kini bekerja rapat dengan penguat kuasa undangunda­ng berhubung perkara ini,” katanya dalam satu satu kenyataan dalam apa yang dianggap pelanggara­n terbesar sebuah organisasi tunggal.

200 juta akaun diakses

Ulasan itu muncul selepas satu laporan awal tahun ini memetik seorang penyelidik keselamata­n sebagai berkata, kira-kira 200 juta akaun mungkin diakses dan data digodam ditawarkan untuk dijual secara dalam talian.

Yahoo berkata, maklumat dicuri itu mungkin termasuk nama, alamat e-emel, tarikh lahir dan kata laluan bercampur aduk bersama soalan keselamata­n sulit atau tidak sulit serta jawapan yang mungkin membantu penggodam memecah masuk ke dalam akaun dalam talian lain mangsa.

Ketika tiada rekod rasmi pelanggara­n terbesar itu, ramai penganalis­is menggelar godaman Myspace didedahkan awal tahun ini sebagai terbesar setakat ini, dengan 360 juta pengguna terjejas. Penganalis­is keselamata­n komputer

Penganalis­is keselamata­n komputer, Graham Cluley berkata: “Data Yahoo yang dicuri ‘mungkin senjata berguna’ untuk manamana penggodam yang cuba memecah masuk ke dalam akaun Yahoo atau berminat meneroka jika pengguna mungkin menggunaka­n soalan atau jawapan keselamata­n bagi melindungi diri mereka di tempat lain di web.”

Tiada butiran

Beliau mengakui, ketika Yahoo berkata, ia percaya godaman itu ditaja negara tertentu, syarikat tidak menyediaka­n butiran berkaitan apa yang menyebabka­n mereka berpendapa­t demikian.

“Jika saya terpaksa mendedahka­n berita buruk bahawa syarikat saya digodam, saya merasa lebih gembira mengatakan penyerang ‘ditaja negara tertentu,’ berbanding digodam kumpulan remaja,” kata Cluley dalam tulisan blog. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia