Berita Harian

Pegawai polis didakwa membunuh

Bantahan berterusan di Charlotte, polis didesak dedah video tembakan

-

Kurang seminggu selepas kejadian seorang lelaki kulit hitam ditembak mati anggota polis kulit putih di di Tulsa, Oklahoma, pegawai terbabit didakwa dengan tuduhan membunuh darjah pertama, keputusan yang mungkin menghalang rusuhan di bandar terkenal dengan sejarah panjang ketegangan kaum itu.

Pegawai polis Tulsa, Betty Shelby ‘bertindak tidak wajar’ ketika menembak Terence Crutcher, 40, 16 September lalu, menurut afidavit pendakwaan yang difailkan kelmarin.

Polis juga bertindak segera menyiarkan video kejadian tembakan itu kepada pemimpin masyarakat kulit hitam dan anggota keluarga Crutcher sebelum mendedahka­nnya kepada umum.

Tindakan pantas di sini bertentang­an dengan Charlotte, di Carolina Utara, di mana polis walaupun dengan tekanan meningkat kelmarin, enggan mendedahka­n video tembakan seorang lagi lelaki kulit hitam minggu ini di mana Pengawal Nasional dipanggil selepas bantahan ganas dua malam. Bantahan di Tulsa berlaku secara aman.

Sedia bukti kepada pendakwa raya

Datuk Bandar Tulsa, Dewey Bartlett memuji kepantasan jabatan polis menyediaka­n bukti kepada pendakwa raya.

“Ini adalah langkah penting bagi menegakkan keadilan dan akauntabil­iti semua pihak terbabit,” kata Bartlett dalam satu kenyataan.

Peguam dan bekas pendakwa persekutua­n Chicago, Phil Turner, berkata pendakwa raya di Tulsa bertindak sedemikian mungkin bagi meredakan kemarahan dan mengelakka­n keganasan seperti yang berlaku di Charlotte.

Jika sabit kesalahan, Shelby berdepan hukuman penjara minimum empat tahun atau penjara seumur hidup.

Sementara itu di Charlotte, penunjuk perasaan membuat bantahan malam ketiga berturut-turut, tidak mengendahk­an perintah berkurung waktu malam di bandar Amerika Syarikat (AS) itu awal pagi semalam, di tengah kawalan keselamata­n ketat mencegah lebih banyak pertembung­an. AP/AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia